Aplikasi 7 Dalam 1 Cannis Bakal Tersenarai di Nasdaq, Amerika Syarikat. - emilinda

Wednesday, October 24, 2018

Aplikasi 7 Dalam 1 Cannis Bakal Tersenarai di Nasdaq, Amerika Syarikat.

Pada hujung minggu yang lepas saya berkesempatan ke Majlis Persidangan "The Upcoming Greatest Star in Nasdaq" oleh Cannis. Saya tak pasti samada korang semua tahu atau tak tentang aplikasi Cannis. Mungkin ada antara korang yang memang dah tahu tentang Cannis ni, dan mungkin jugak ada yang tak tahu.


Sebelum saya bercerita lebih panjang tentang pencapaian terbaru Cannis, meh saya ceritakan dulu serba sedikit tentang aplikasi Cannis ni supaya korang lebih jelas dan mendapat sedikit gambaran tentang aplikasi Cannis. Cannis merupakan satu aplikasi 7 dalam 1 yang baru dilancarkan pada awal tahun ini. Cannis menggabungkan 7 fungsi di dalam satu aplikasi. Wow sangat kan? Apa benda yang sampai 7 fungsi tu? 7 fungsi tersebut adalah Live Broadcast, Live E-Commerce, Online Games, Creative Video, Social Media, Discount Shopping, dan Cannis Pay. 


Aplikasi mudah alih Cannis telah dimuat turun dari App Store dan Play Store oleh 100 ribu pengguna dalam masa kurang dari dua bulan. Wow sangat kan? Sejak awal tahun 2018, Cannis terus melabur dalam industri yang disukai ramai iaitu teknologi, filem, kecantikan, ubat-ubatan preventif, teknologi terkini dalam pertanian dan sebagainya. Dengan kerjasama dengan rakan strategik mereka, Cannis telah memperluaskan pasaran mereka dengan pesatnya di banyak negara Asia Tenggara dan dijangka akan tersenarai di Nasdaq, Amerika Syarikat  tidak lama lagi.


3000 para peserta persidangan

Ketua Pegawai Eksekutif Dato 'Ching Eu Boon juga menyatakan semasa persidangan "The Upcoming Greatest Star in Nasdaq" bersama 3000 peserta Cannis bahawa perkongsian Cannis tidak terhad kepada teknologi terkini, seperti teknologi digital, pangkalan data yang besar, kecerdasan buatan, tetapi juga dengan penggambaran, ubat-ubatan  preventif dan industri kecantikan.



VIP yang turut hadir pada majlis persidangan tersebut Pada majlis tersebut adalah Pengerusi Kumpulan CANNIS; Tengku Puteri Datuk Paduka Seri Hajah Zahariah Binti Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Ketua Pegawai Eksekutif; Dato' Dr Azman Ching, Ketua Pegawai Kewangan; Miss Angle Huang dan ramai lagi rakan strategik mereka.

Dengan kepelbagaian kumpulan etnik dan budaya di Malaysia sebagai titik permulaan untuk Cannis, pastinya Cannis akan lebih mudah dikembangkan dari Asia Tenggara ke seluruh dunia. Korang boleh muat turun aplikasi Cannis secara percuma di App Store atau Play Store bagi menggunakan fungsi-fungsi yang tersedia di dalam aplikasi Cannis. Dengan 7 fungsi yang berbeza menjadikan aplikasi ini tidak membosankan, bahkan ianya sangat mudah digunakan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila layari http://cannis.app.

14 comments:

  1. Memang bagus idea diorg ni... 7 function in 1 apps.. Tapi personal opinion saja.. Apps ni Terlalu banyak fokus susah nak fully utilized sangat. Perlu masa nak guna semuanya sekali

    ReplyDelete
  2. wah hebatnya Cannis ni tapi airah baru first time dengar.kena check semula ni apps ni untuk apa

    ReplyDelete
  3. menarik ni. 1 apps ada 7 perkara.
    social. games. tik tok.
    nice la. now perkara2 ni is byk apps.
    memudahkan. tapi tu la. kena godek2 lebih for better understanding.

    ReplyDelete
  4. Dengan adanya penyatuan app sebegini, ia memudahkan pengguna dan juga menjimatkan ruangan dalam smartphone kita kan.

    ReplyDelete
  5. Menarik sebab 7dalam1. Semua ada disitu.
    Senang dah. Tak perlu pakai banyak apps dalam satu tel kan.

    ReplyDelete
  6. Wahh!! Menarik juga nie.. 7 dalam 1 fungsinya.. patutlah menjadi pilihan pengguna telefon pintar.. tak perlu download byk apps..

    ReplyDelete
  7. Wah..cepatnya cannis app berkembang dan akan terus berkembang do NASDAQ

    ReplyDelete
  8. Cannis sounds really amazing,7 apps in one, it can really help us save space and time!

    ReplyDelete
  9. Terbaik apps ni. Biasa nak guna satu benda kena install satu app. Ni lagi sempoi, install satu terus boleh guna untuk 7 functions. Nak try explore la cannis app ni. Macam best

    ReplyDelete
  10. tahniah cannis sampai tembusi pasaran Amerika. satu pencapaian yang memberangskan dan hebat..moga terus sukses pada masa akan datang

    ReplyDelete
  11. Tahniah kepada Cannis pencapaian terhebat ambil masa sekejap sahaja terus berkembang. Nak kena install app Cannis ni nak tengok sendiri mcm mana hasilnya

    ReplyDelete
  12. Hebat cannis ni..tahniah cannis..kita pun nak jugak la install cannis ni...tq sbb kenalkan cannis ni

    ReplyDelete
  13. ramai review cannis ni.amni nk donload pun xsempat2 lagi hehehe
    asyik baca reviw je.semua kata best.nk kena donload skrg jugak ni

    ReplyDelete
  14. Terbaiklah apps ni. 7 sekaligus dalam satu app. Jimat space phone kan? Install satu, boleh guna untuk 7 benda. Nice! Semoga cannis tersenarai dalam Nasdaq nanti

    ReplyDelete

Kindly leave your comment/feedback here.