Skip to main content

Restoran Funtasia, Hotel Bangi-Putrajaya.


Remember last year i did share about my experience of iftar at Cafe Lavista, Hotel Bangi-Putrajaya? Boleh refer to this entry : Berbuka puasa di Hotel Bangi - Putrajaya. Baru-baru ni ada dapat jemputan dari pihak Hotel Bangi-Putrajaya untuk Majlis Perasmian Pembukaan Restoran Funtasia. Initially i thought it was another restaurant that is located at the same hotel. Rupanya restoran yang sama, cuma diberi wajah dan nama baru bersempena ulang tahun Hotel Bangi-Putrajaya yang ke 20 tahun. Majlis perasmian itu diadakan pada 1st May 2017, yang merupakan public holiday - Hari Pekerja. Memandangkan memang tiada sebarang urusan lain pada hari berkenaan, so i was there with a friend pada hari tersebut.


Sampai kat sana around 11am, tengok suasana dah meriah dengan ramai orang dan decoration yang agak colorful. Dekat reception counter pun ada diletakkan lollipop yang berwaran-warni. Memang menarik perhatian kanak-kanak. Jangan kata kanak-kanak, yang tua ni pun excited tengok lollipop banyak-banyak. Bila masuk ke ruang restoran, dah nampak perbezaan berbanding tahun lepas. Ruang restoran lebih besar, siap ada stage. Oh ye, sebenarnya konsep yang ingin diketengahkan oleh pihak Hotel Bangi-Putrajaya adalah konsep ala-ala funfair. Mula-mula masuk dah boleh nampak ada mini Ferris Wheel. Tapi Ferris Wheel ni kecik je, tak boleh naik. Ambil feeling je tau. Dekat Ferris Wheel ni diletakkan pelbagai menu appetizer untuk dipilih. Suasana yang ingin disampaikan adalah suasana karnival yang riang dan berwarna-warni.

Credit this photo to http://www.eyzamiel.com


Credit this photo to http://www.eyzamiel.com

Funtasia Restaurant ni merupakan restoran berkonsepkan buffet. Ada pelbagai hidangan yang disediakan. Boleh berjalan dari satu gerai ke satu gerai untuk mengambil makanan yang kita nak. Sesetengah menu seperti nasi goreng, pasta dan pizza, menu dihidangkan dalam keadaan masih panas lagi. Kiranya bila ada customer request, baru tukang masak mula memasak dengan cepat dan tangkas.



Swimming pool yang terletak betul-betul berhadapan restoran

Credit this photo to http://www.eyzamiel.com
Ini kalau kanak-kanak, confirm happy tengok benda alah ni.

Ramadhan dah tak lama dah. Pihak Funtasia Restaurant juga tak juga terkecuali turut menyediakan buffet Ramadhan.  Buffet Ramadhan di Funtasia Restaurant yang bertemakan ”Warna Warni Ramadhan” ini akan berlangsung mulai 27 – 29 Mei 2017 & 22 – 24 Jun 2017 dengan harga RM90/dewasa, dan RM45/kanak-kanak. Untuk buffet Ramadan pada tarikh 30 Mei – 21 Jun 2017, harga adalah RM100/dewasa, dan RM50/kanak-kanak.







Waktu operasi Funtasia:
Buffet Sarapan Pagi (6.30 am – 10.30 am)
Buffet Makan Tengahari - Isnin sehingga Ahad, Sabtu tutup (12.00 pm – 2.30 pm)
Buffet Makan Malam Dinner - Isnin sehingga Ahad (7.00 pm – 10.00 pm)
Buffet Hi-Tea - Sabtu (12.00 pm – 3.30 pm)
Ala Carte - Monday to Sunday (6.30 am – 1.00 am)

Untuk maklumat lanjut atau tempahan
Funtasia Restaurant, Hotel Bangi-Putrajaya
Tempahan: 03-8210 2222

Comments

I am LZ said…
Meriah sungguh makanan iftar yang ditawarkan sepanjang Ramadhan nanti Emi..
Nampak sedap semuanya.. Kena dengan tema funfair, meriah..
Lina Shaza said…
adoiiii...sakit pulak perut tengok menu kat atas ni...hihi sedap betul nampaknya kan..
havent got chance to visit there. but the food look yummy
Emily said…
The huge, colourful lollipop really attracts my attention. I have not heard of this hotel yet. In fact, I can't pinpoint where exactly is Bangi, as I am from out of town.
Sebrinah Yeo said…
Looks like a really good place for fanilies with younger kids to chill, dine and relax. Thanks for sharing
Aliza Sara said…
Looks like a lot of good food. Would love to go one day to enjoy some time with the family :)
Aqalili Azizan said…
So many good ramadhan buffet this year! Nampak macam lain dari lain makanan dkt sini.
looks like a great place to dine with family and friends..... will check it out in the future....
Ivy Kam said…
Wow, look at all the delicious foods, can't wait to try out at this restaurant :)
Sunshine Kelly said…
I like the restaurant nama and their food is quite decent.
Precious Cla said…
COLOURFUL and beautiful ^^ FUNtastic sungguh and the foods also looks yummy !
Leo T. Ly said…
What a great place for the whole family to hangout. My kids can hangout in the playground and I can hangout in the buffet anytime. Awesome.
Dia punya nama Funtasia tu sesuai la dengan konsep yang dia nak buat. Minat pulak nak makan sini nanti.
Anonymous said…
Pergi dengan siapa tuuu. Kahkahkah *bakar line

Popular posts from this blog

Jelita Murni Kako, pelakon Baby Ana Milik Siapa

Korang kalau kat TV selalunya korang layan cerita apa je ye ? Macam aku ni sejak kerja takde masa sangat nak layan TV . Tapi selalunya drama TV3 slot Akasia petang - petang tu kalau ceritanya best aku akan tengok la . Itu pun takde la tengok setiap episod sebab kadang - kadang sampai rumah lambat . Cerita lain ada la jugak aku tengok , tapi tak tengok setiap episod . Especially kalau yang tayang waktu malam , selalu jugak terlepas nak tengok . Tapi sekarang ni aku tengah suka sangat kat drama TV3 slot Lestary tajuk Baby Ana Milik Siapa . Masa preview iklan dulu aku dah macam " Eh cerita apa ni macam best je . Pelakon - pelakon pun not bad . Ada Cristina Suzanna dan Hairul Azreen . " . Suka pulak tengok Cristina Suzanna bawak watak camtu . Hairul Azreen tu bawak watak apa pun semua aku suka . Pelakon lain aku tak kenal sangat . Tapi tengok iklan macam best .





So last week Episod pertama kebetulan memang tengah tengok TV , ternampak pulak cerita Baby Ana Milik Siapa ni . Layan…

Kali pertama makan di Me'nate Steak House Bangi.

Sekitar dua minggu lepas, aku ke Me'nate Steak House yang famous sejak tahun lepas gara-gara kes Azwan Ali tu. Orang ramai duk memperkatakan tentang keenakan steak di Me'nate Steak House ni. Katanya antara port yang paling best kalau nak makan steak. Kiranya antara yang paling sedap lah, bersesuaian dengan harganya yang dikatakan mahal itu. Sejujurnya ini kali pertama aku jejakkan kaki ke Me'nate Steak House ni. Itu pun sebab ada orang nak belanja, so tentu saja la setuju. Takkan nak tolak rezeki, iye dok? Hihi. So, kami ke Me'nate Steak House cawangan Bangi. Malamnya kami dah lalu depan kedai tu, tapi tengok orang ramai sangat terus tak jadi. Dinner dekat Ani Sup Utara aje. Then tak puas hati, keesokan harinya pepagi hari lagi kami ke sana. Boleh dikatakan antara customer terawal pada hari tersebut. Gigih tau!
Memandangkan ini merupakan kali pertama makan kat situ, so aku pilih yang yang range harga bawah RM50. Kalau tengok pilihan daging yang ada, macam-macam. Dari …

The Wedding Heritage Tawar Pakej Perkahwinan Eksklusif di Banglo dan Villa.

Kalau cerita pasal majlis perkahwinan, rasanya semua pun kalau boleh mahu majlis yang meriah dan cukup serba-serbi. Kalau boleh nak perjalanan majlis tu smooth aje tanpa apa-apa problem dan mahu memberi keselesaan kepada tetamu-tetamu yang hadir. Tipulah kalau kata tak teringin buat majlis perkahwinan yang grand, kan? Almaklum, perkahwinan ni kalau boleh hanya sekali seumur hidup makanya haruslah kita mahukan yang terbaik untuk majlis perkahwinan itu. Ada yang kahwin lebih dari sekali, tapi itu lain cerita lah kan. Ikut hati semua orang pun nak majlis yang grand, tapi kena faham jugak la dengan situasi kewangan kita. Ditambah pula dengan keadaan ekonomi yang semakin hari semakin membimbangkan. Sekarang ni nak kahwin 30k memang tak lari la. Nak kahwin pun kena fikir banyak kali, hahah.


Berbeza dengan perkahwinan dekat kampung, kalau area KL ni kebiasaannya perkahwinan orang akan buat dekat hotel atau dewan. Golongan yang mampu kebiasaannya buat dekat hotel, yang kurang mampu pula buat…