Langkah berjimat 2016 - emilinda

Tuesday, January 26, 2016

Langkah berjimat 2016



Tahun 2016 ni rasa makin perit nak survive especially yang tinggal kat bandar. Yang tinggal kat kampung pun mengeluh harga barang banyak naik, apatah lagi yang berkelana mencari rezeki kat bandar ni. Kos sara hidup jauh lebih tinggi. Bukan setakat harga barang yang naik, bahkan kos nak bergerak ke sana sini pun dah naik *menangis bucu katil*. Yang berkereta kena bayar tol, yang naik public transport macam aku ni pun tak kurang sengsaranya bila tambang dah naik. Selama ni nak ke mana-mana memang dengan LRT atau KTM je. Sejak tambang pengangkutan awam dah naik ni, memang agak berfikir panjang la nak ke mana-mana. Nasib baik tambang pergi kerja naik seposen je. Tapi untuk makanan memang takleh nak cakap apa la, harga memang naik. Melihat kepada keadaan ekonomi yang makin hari makin meyedihkan ni aku cuba muhasabah diri dan mengambil beberapa langkah untuk mengurangkan bebanan kewangan.


  • Bawa bekal ke pejabat - Pada awalnya aku agak tak yakin nak bawak bekal sebab segan pun ada, takut tak sempat nak sediakan bekal pun ada. Tapi kat office aku tu alhamdulillah aku tengok orang lain pun ramai yang bawak bekal, so takde la rasa awkward sangat nak bawak bekal. Dapat la jimat sedikit sebanyak. Biasa aku bawak bekal simple-simple je. Nasi putih + sambal ikan bilis / telur goreng / ayam goreng / ikan goreng / ikan sardin / sambal telur + begedil daging + ulam timun. Untuk lunch aku biasakan diri minum air kosong je. For breakfast, sama ada roti atau bawak biskut oat. Tapi setakat ni bukan setiap hari la aku bawak bekal. Kadang-kadang aku terlambat bangun tak sempat nak prepare bekal.
Buat begedil siap-siap, taruk dalam tupperware simpan dalam peti ais. Pagi before pergi ofis, goreng.

  • Side income - Aku memang dari dulu buat bisnes online sampingan iaitu jual supplement, skincare dan jugak ambil tempahan customize hand painted tote bag. Supplement dan skincare tu aku dah slow sikit sejak aku dah tak menganggur ni sebab takleh nak bagi full commitment. Untuk tempahan tote bag tu aku masih teruskan seperti biasa. Dan sekarang aku dalam proses kembangkan sikit bisnes online aku tu. Selain ambil tempahan tote bag, aku jugak dah start ambik tempahan guestbook dan jugak tempahan doodle kat note book. Alhamdulillah sedikit sebanyak dapat tambah income untuk menampung keperluan hidup. Feel free to follow my instashop : @bybearyblossom 
  • Kurangkan makan kat luar - Kat area rumah sewa aku ni kedai makan mostly masak memang agak tak sedap. Seriously tak berbaloi dengan harga yang dibayar. So aku prefer masak kat rumah instead of makan kat kedai-kedai area rumah aku ni. Tak kisah la masak nasi, goreng telur pastu makan dengan kicap pun. Itu jauh lagi meyelerakan dari order kat kedai tapi end up makan sikit je sebab tak sedap. Tapi sometimes ada jugak makan kat luar bila keluar dengan kakak or kawan-kawan. 
  • Elakkan / kurangkan singgah ke shopping centre / mall - Ofis aku dekat dengan mall. Before ni kalau lepas habis kerja rajin jugak aku singgah cuci mata yang mana end up aku akan TERbeli something. Ofis aku kat stesen Sultan Ismail, So dekat dengan Maju Junction, Sogo, Sunway Putra Mall. Dugaan betul, hahah. So sekarang ni aku kalau memang takde benda penting yang nak kena beli, aku akan cuba untuk straight balik rumah. Jimat kos tambang dan dapat elakkan diri dari terbeli apa yang tak perlu. 
  • Sibukkan diri dengan aktiviti yang tidak memerlukan wang - Contohnya weekend pergi taman rekreasi untuk beriadah dengan member, atau pergi rumah kakak spend time dengan anak-anak sedara, atau tidur. Kekeke. Kalau kawan ajak keluar pun, cuba untuk buat aktiviti yang memerlukan bajet yang rendah. 
Badminton with buddies
  • Tangguhkan membeli - Kalau ikutkan hati banyak benda yang aku nak beli. Banyak movie kat cinema tu yang aku nak tengok. Banyak baju yang aku berkenan. Tapi, aku cuba untuk tangguhkan semua tu. Contohnya tangguhkan tengok movie, last-last movie tu dah tak tayang kat pawagam dah pun. Hahah. Berkesan tak? Kekeke. Beli baju pun sama. Haritu ada satu baju tu dekat H&M aku berkenan sangat-sangat, tapi aku tak beli kononnya next time la beli. Next time aku pergi, baju tu dah takde. Bagus sangat. Aku pun dah kurangkan browse instashop sekarang ni. Kalau aku tahu ada butik yang tengah buat promosi pun, kakak aku yang inform. She's such a great influencer! Ada je sale confirm dia notify dekat group whatsapp family, kahkah. Aku ni tahankan jela hati ni, "Takpe emi, next time dia buat sale lagi confirm harga dia lagi murah".


Semoga aku terus gigih untuk berjimat dan bukan hangat-hangat tahi ayam semata. Faham-faham aje la dengan situasi ekonomi sekarang ni, memang agak sengsara nak survive. Kita tak mampu nak ubah ekonomi negara kita, maka kita cuba untuk ubah gaya hidup kita. Moga-moga berhasil.



2 comments:

  1. Yeahh! Itu yang ena buat time belajar ni tapi tang makan tu, haishhh, kalau hostel ni ada dapur dengan peti ais, lama masak dalam bilik.. kumpul duit.. Cam nak reward diri tu, sebulan sekali baru boleh hehehe

    ReplyDelete
  2. Zaman sekarang nie... Kos nak pergi/balik kerja pun dah meningkat.

    ReplyDelete

Kindly leave your comment/feedback here.