Resepi Lotus Biscoff Cheesecake - emilinda

Wednesday, February 17, 2021

Resepi Lotus Biscoff Cheesecake

Baru-baru ini saya ada buat Lotus Biscoff Cheesecake. Alah, kek yang pernah viral tu. Saya baru terhegeh nak buat, haha. Almaklum, musim PKP ni teringin nak makan macam-macam tapi tak boleh nak ke mana sangat pun. So end up saya order Lotus Biscoff spread & biskut kat Shopee. Main order je, time ni tak study lagi cara-cara nak buat. Bila dah nak buat, baru google sana-sini cari resepi yang agak-agak simple. Lepas tu olah sendiri mengikut bahan yang ada. Saja la nak share resepi Lotus Biscoff Cheesecake ni kat sini, senang lain kali kalau nak buat lagi refer je kat sini.


BAHAN-BAHAN

  • Biskut Lotus Biscoff (sekitar 25 keping atau lebih)
  • 5-6 sudu unsalted butter
  • 500g cream cheese
  • 3 sudu kecil gula aising
  • 400g Lotus Biscoff spread smooth
  • Secubit garam
  • 250ml dairy whipping cream


CARA-CARA

1. First kita nak buat base dia. Hancurkan 25 keping biskut Lotus Biscoff, jadikan serdak. Saya blend kering je. Asingkan beberapa sudu untuk ditabur sebagai hiasan nanti.

2. Panaskan 5-6 sudu unsalted butter.

3. Gaulkan serdak biskut tu tadi dengan unsalted butter sehingga sebati.

4. Masukkan ke dalam loyang, tekan-tekan bagi mampat. Tak perlu tebal sangat, ini hanya untuk base sahaja. Dah siap, sejukkan masuk chiller. 

5. Pukul cream cheese sehingga ringan texturenya. Saya takde mixer, so saya guna hand blender je. Cream cheese ni elok keluarkan dari peti ais sejam awal.

6. Masukkan 250g Lotus Biscoff spread. Gaul sebati.

7. Masukkan 3 sudu gula aising dan secubit garam (selamba badak je guna gula halus yang mak mertua saya guna untuk buat donut. Boleh la kot, elok je sedap kejadiannya). Pukul sehingga sebati.



8. Didalam bekas lain, pukul whipping cream sehingga agak pekat. Tak perlu lama sangat. Again, hand blender to the rescue. Whipping cream ni make sure simpan dalam peti ais. Time nak guna baru keluarkan.

9. Whipping cream yang dah mengembang & pekat tu, campurkan ke dalam adunan cream cheese tadi. Gaul sehingga sebati.

10. Dah boleh tuang ke dalam loyang. Simpan balik dalam chiller selama beberapa jam.

11. Cairkan baki Lotus Biscoff spread untuk dituang ke atas kek, sebagai topping. Pandai-pandai korang lah. Boleh panaskan dalam microwave or atas dapur. Tapi saya nak mudah, saya rendam je balang Lotus Biscoff spread tu dalam air panas, boleh cair jugak.

12. Bila dah settle topping tu, boleh tabur serdak biskut yang kita simpan tadi tu ke atas kek, bagi cantik sikit. Nak cantik lagi, boleh letak biskut atas kek tu.


Simpan dalam chiller, sedia dinikmati bila-bila masa. Actually mostly orang buat sebiji kek bulat terus. Tapi for me, saya malas nak fikir macam mana nak transfer kek tu dari loyang ke bekas lain tanpa kek tu jadi comot, macam mana nak potong kek tu tanpa buat dia jadi comot, etc. So saya buat dalam bekas kecik-kecik macam ni. Taklah kecik sangat, tapi okaylah sebiji sekali hadap. Nak makan pun senang, hehe. Tak payah nak potong bagai. Dapatlah dalam 13 biji kesemuanya. Rasa dia? For me sedap, macam yang dekat kedai. Husband pun approved, cakap sedap. Cuma tu la, kos nak buat kek ni mahal la. Bahan-bahan dia mahal. Kek kayangan betul!

12 comments:

  1. haha okay la baru buat, saya tak pernah buat langsung. Ada la makan sekali dua tapi paling syok minum tealive biscoff tu

    ReplyDelete
  2. Saya pun tak sempat buat lagi, memang tekak dah terasa2 jugak nih tapi belum berkesempatan buat lagi. Nampak cantik tu kejadiannya sis, sedap nih .

    ReplyDelete
  3. macam menarik je resepi ni. tak pernah makan biscof ni sebenarnya tapi ramai cakap sedap

    ReplyDelete
  4. alamak, sedapnyer nampak. aida pun prefer kekecik gitu, emi.
    senang kita nak makan. senang anak nak makan.
    tak la berkecah kena potong2 kan.
    seriously, aida x pernah rasa biscoff ciskek ni. tak pernah.
    last year pkp tak abis2, mana la nak pergi. aida dok luar daerah melaka tgh.
    kat kampung. memang x la org nak c.o.d sampai ke sini.
    tq for sharing resipi ni. mcm boleh execute je tgk cara buat tu.
    tak dpt beli, kita buat la sendiri kan. nak cari plak biscoff tu.

    ReplyDelete
  5. Dok tengok kengkawan layan kek Biscoff nie. Siap ada yang bake dan deliver. Rawlins? jadi pembeli nan setia. Tapi sekali rasa je sebab too sweet pada Rawlins.
    Tapi bagus gak idea masak kecil2 nie. Sekali hadap. Tak renyah

    ReplyDelete
  6. nak rasa sangat Lotus Biscoff Cheesecake ni. selalunya tengok gambar kat fb je. memang terliur je. kena tahan je nafsu ni.

    ReplyDelete
  7. Resepi ni anak dah sound gak nak ajak Sis buat, cuma tak pergi lagi kedai baking.. nanti nak buat juga laaa..

    ReplyDelete
  8. Wahhh not that hard to prepare kan resipi ni... Cuma nak cari brand ni jer... Mcm tak biasa nampak kat supermarket bawah rumah i ni... Nak try buat juga la nanti...

    ReplyDelete
  9. Oh yumsss! i ni memang suka sangat makan cake especially cheesecake, nanti nak try recipe ni.

    ReplyDelete
  10. This looks absolutely delicious! Thanks for sharing the easy recipe and cant wait to make it :)

    ReplyDelete
  11. Terima kasih untuk resipi ni..boleh tanya kalau Puan boleh recommend jenama penyaman udara yang jimat elektrik?

    ReplyDelete
  12. mudah je nak buat biscoff nie ya. nak cuba jugaklah nanti sebab semua bahan2 ada dekat rumah

    ReplyDelete

Kindly leave your comment/feedback here.