Pregnancy Journey – Trimester Kedua Kehamilan - emilinda

Tuesday, February 18, 2020

Pregnancy Journey – Trimester Kedua Kehamilan

Haiiii, kali ni nak sambung cerita tentang trimester kedua kehamilan. Member-member ramai jugak yang cakap bila dah masuk trimester kedua nanti, time tu memang bakal ibu akan start glowing sikit sebab dah mula hilang mual, dah makin berselera makan. So saya ni memang ternanti-nanti nak masuk trimester kedua. Tapi awal-awal trimester kedua macam frust sikit sebab masa tu mual makin teruk. Muntah-muntah dan pening-pening seolah berganda berbanding trimester pertama. Masa tu terfikir jugak, adakah saya antara insan terpilih yang akan merasai fasa morning sickness ni sehingga ke penghujung kehamilan? Tapi alhamdulillah bila masuk pertengahan trimester kedua, mual-mual tu dah mula hilang. Bila dah tak mual, selera pulak makin menjadi-jadi. Asyik lapar aje. Baru lepas makan pun asyik mengadu lapar kat suami. Suami sampai cakap, “Sayang ni membela ke?”. Bhahahah ye, sayang membela anak abang la kat dalam ni. Dah la asyik nak makan makanan manis dan sejuk je memanjang. Untuk yang kenal rapat dengan saya, mesti tahu sebelum ni saya sangatlah tak suka makanan manis. Tersangat tak suka. Tapi sejak mengandung saya jadi suka makanan manis. Tekak ni asyik nak yang manis aje.


Masuk trimester kedua ni baby bump dah mula nampak. Tapi mungkin sebab saya ni kecil orangnya, so tak ketara sangat. Lagi pulak pemakaian kita memainkan peranan jugak. Pergerakan baby pun saya dah mula rasa. Awalnya slow sangat, tapi lama-kelamaan makin ketara pergerakan baby terutama sekali waktu malam. Tersenyum-senyum je tiap kali rasa baby menendang, jadi tak sabar nak jumpa baby. Dari segi perubahan fizikal memang perut makin membesar la. Jeans memang langsung tak boleh pakai dah. Kena pakai seluar loose je. Baju pun dah makin banyak yang tak muat, sobs. Tiap kali nak iron baju untuk kerja, tiap kali tu la nak kena try sarung dulu kot-kot dah tak muat. Peningkatan dari segi berat badan tu takleh nak cakap apa la, tapi rasanya masih terkawal kot. Pipi pun dah makin membulat. Redha jela demi si anak.

Tarik Mengkarung
Masuk trimester kedua ni saya dah start kena tarik mengkarung. First time kena tarik mengkarung pada minggu ke 20. Sesetengah orang panggil simpul biawak. Sebenarnya dari trimester pertama kitorang dah duk google baca pasal tarik mengkarung ni. Husband pun memang almost setiap malam sebelum tidur akan tolong urutkan betis dan kaki, untuk elakkan tarik mengkarung. Tapi kena jugak. Mungkin saya kurang kalsium kot. Kelakar bila ingat balik kali pertama diserang tarik mengkarung. Tengah sedap tidur tiba-tiba je cramp kat labu betis. Terus panik jerit-jerit sebab sakit sangat. Laju je suami tersedar dari tidur dan tangkap kaki saya, pegang dan betulkan sesiket. Kejap je terus hilang rasa sakit tu. Esok paginya suami bantai gelakkan saya sebab reaksi saya tersangatlah panik. Ingat dah pernah kena sekali, lepas tu dah tak panik lagi dah. Tapi idok nyerrr, tiap kali kena tarik mengkarung, tiap kali tu la saya panik terjerit-jerit sakit. So far ada la dalam 4 kali kena tarik mengkarung.

Hemoglobin (Hb) Rendah
Masuk trimester kedua ni, saya dah start tukar supplement. Nurse kat KK start bagi Zincofer. Tapi serious tekak saya tak boleh nak terima Zincofer tu. Bau dia je dah tak tahan. Disebabkan saya ni buat check-up kat dua klinik (KK dan Klinik Myfamily Ampang), so  masa check-up dekat Klinik Myfamily saya bagitahu la doctor tu cakap nurse KK bagi Zincofer tapi tekak saya payah sikit nak terima Zincofer tu. Doktor kat Klinik Myfamily prescribe Obimin. Yang Obimin ni tak susah untuk saya makan, tapi masalahnya saya kerap pening kepala dan lesu bila makan Obimin ni. So atas saranan rakan-rakan, saya beli Iberet Folic kat farmasi. Mahal jugak ye Iberet ni, bhahaha. Tapi saya check harga dekat Shopee jauh lebih murah. Masa tu last minute kan, saya beli je kat farmasi berdekatan rumah. Dah makan Iberet pun, bila check-up kat KK tiba-tiba hb jadi 10.6 je. Tapi nurse kat KK tulis dalam buku pink 11.

Dari Obimin, bertukar ke Iberet

Bila next check-up dekat Klinik Myfamily, saya bagitahu la doctor bahawasanya bila makan Obimin saya jadi pening-pening. Bila tukar makan Iberet, hb saya jadi drop, dah jadi 10.6 . Memang test kat Klinik Myfamily pun hb saya rendah. Doktor cakap pelik jugak sebab Iberet ni kira dah kuat dose nya, biasanya okay je. Melainkan saya ni mungkin merupakan Thalassemia carrier. Saya sendiri pun tak pernah buat ujian Thalassemia, so saya tak tahu. My bad. Tapi bila saya cerita dekat kakak-kakak saya, oh rupanya memang dorang pun alami benda sama. Kakak-kakak saya memang Thalassemia carrier dan ada masalah hb drop tiap kali mengandung. So saya pun ada kemungkinan merupakan Thalassemia carrier jugak. Bila bagitahu doctor kat Klinik Myfamily, doctor suggest buat ujian Ferritin.

Keputusan ujian ferritin

Ujian Ferritin ni untuk menguji kandungan zat besi dalam badan kita. Sample darah diambil untuk ujian Ferritin. Kiranya kalau result ujian Ferritin normal, memang besar kemungkinan saya merupakan Thalassemia carrier. And yes, result ujian Ferritin saya normal. So doctor cakap kalau hb masih lagi drop dan memerlukan kesahihah, mungkin boleh usulkan dekat nurse KK untuk buat ujian Thalassemia. Tapi baru-baru ni saya ke KK, elok pulak hb saya. Itu mungkin sebab 2 3 hari sebelum check-up, saya pulun makan buah jambu batu dan hati ayam kot?

Gestational diabetes mellitus (GDM)
Memandangkan keluarga saya tiada sejarah kencing manis, makanya saya rasa agak lega la. Difikiran saya, bila takde history kencing manis ni makanya susah nak sangkut GDM. So pada kehamilan minggu ke 24, saya buat ujian MGTT buat pertama kalinya. Saya buat MGTT kat KK memandangkan ujian MGTT tu makan masa sikit, dan KK lebih dekat dengan rumah saya berbanding Klinik Myfamily. So macam biasa sehari sebelum minum air gula / ujian MGTT, malamnya tu saya dah kena start puasa. Dan kalau diikutkan sepatutnya minggu berkenaan saya dah kena stop makan makanan manis dah. Tapi silap saya, ambil mudah sikit bab pemakanan ni. Sehari sebelum ujian baru fikir stop makan manis. Start jam 10 malam saya dah puasa dan tak makan apa-apa sampai lah pergi ke klinik keesokan paginya. Setel ambil darah pertama kali, nurse suruh minum air gula yang disediakan. Saya tanya, lepas minum air gula boleh bilas dengan air kosong sikit tak? Tak boleh! Saya akur. Alhamdulillah Berjaya habiskan dan tak muntah. Lepas 2 jam menunggu, sekali lagi ambil darah untuk bacaan kali kedua. Setel ambil darah kali kedua, terus singgah kedai sebelah klinik tu makan roti canai sebab lapar sangat.

Minum air gula

Lebih kurang seminggu lepas buat MGTT tu, nurse KK whatsapp cakap result MGTT saya sangkut kencing manis. Bacaan kali kedua 8.1 . Huwarrggghhh! Tak expect weyh. Tak expect semudah tu sangkut kencing manis. So nurse suruh ke klinik keesokan paginya, kena start buat Blood Sugar Profile (BSP). BSP ni kena buat setiap 2 minggu, dan hari yang kena buat BSP tu kena monitor bacaan BSP 4 kali sehari. Haaa, ambik tu. Siapa suruh tak jaga makan. Berbakul-bakul kena bebel dengan nurse. Esoknya saya ambil unplanned leave semata nak ke klinik buat BSP. Yela, saya takde glucometer sendiri kat rumah. Jenuh la nak ulang alik dari ofis ke klinik berkali-kali dalam sehari kan. Nurse cakap 4 kali buat BSP tu adalah pagi sebelum sarapan (malamnya kena puasa),  2 jam lepas sarapan, 2 jam lepas makan tengahari dan 2 jam lepas makan malam.


Mula-mula rasa down jugak la bila dapat tahu sangkut GDM ni. Nak makan lebih sikit pun takut bhahaha. Hari pertama saya buat BSP kat KK dan klinik komuniti berdekatan rumah. Kat KK takde cas apa-apa. Kat klinik komuniti kena cas RM1/sehari. Kat farmasi pun boleh tapi biasanya farmasi cas mahal sket, sekitar RM5 kot? Haritu jugak terus usha glucometer kat Shopee. Senang lepas ni buat sendiri je kat ofis/rumah. Saya beli jenama Accu-Check Instant S dekat Shopee dengan harga RM59.90 (termasuk 20 test strips, 10 lancets, 1 lancing device dan 1 kit). Mula-mula macam scary jugak nak cucuk sendiri jari tu. Yela salama ni kat klinik nurse yang tolong buat. Tapi alhamdulillah, okay je. Taklah scary mana pun. So far dah buat 2 kali BSP, dan semuanya bacaan masih dalam kawalan. Minggu ni pun kena buat lagi sekali.


Oh ye, hari pertama buat BSP tu nurse terus refer saya ke dietitian. Dah kena bebel satu round kat nurse, bersambung lagi kena bebel dengan dietitian, haha. Saya perasan yang kuat bebel bab pemakanan ni nurse la. Bila jumpa doctor, doctor okay je. Doktor just review je result BSP tu dan tanya apa yang saya makan biasanya untuk sarapan, lunch dan dinner. Doktor kat KK siap cakap lagi, “result BSP awak rendah sangat ni. Patutnya awak boleh makan lagi ni. Jangan takut nak makan. Ni saya rasa awak terlampau control dah ni sampai result BSP awak rendah sangat ni”. Haha okayyy, memang hari yang kena buat BSP, saya control sangat-sangat makan. Doktor kat Klinik Myfamily pun bila saya bagitahu result MGTT saya sangkut GDM, dia senyum-senyum sambil gelak kecil je lepastu cakap “apa perasaan awak bila tahu sangkut GDM? Takut-takut tak nak makan?”. Tiba-tiba rasa macam doctor-doktor okay je, nurse yang lebih-lebih bebel sekaligus buat kita rasa cuak. Tapi yela, untuk kebaikan kita jugak kan.

Macam dah panjang sangat dah pulak berceloteh. Saya stop dulu la, next time nanti saya cerita lagi. Thank you for those yang baca sampai habis.

5 comments:

  1. Sama la sangkut jugak dengan GDM dua kali mengandung sangkut. Redha je la, yang penting jaga makan tu je.

    ReplyDelete
  2. sama la dengan kak liez... yg sulung sangkut tapi on diet.. still kena BSP setiap 2 minggu... takpe lah.. pengajaran ni lepas ni kita kena la kawal makanan..

    ReplyDelete
  3. semoga dipermudahkan segala urusan. aamiin

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Sis Emilinda, jemput sertai give away dengan hadiah tunai RM1000 oleh Mamapipie & Friends.



    Hadiah RM200 (Seorang Pemenang)

    1 x RM200



    Hadiah RM100 (2 Orang Pemenang)

    2 x RM100



    Hadiah RM50 (14 Orang Pemenang)

    14 x RM50



    Penyertaan sangat mudah & tarikh tutup giveaway pada 29 Feb 2020. Klik sini sekarang untuk sertai.

    ReplyDelete

Kindly leave your comment/feedback here.