Pengalaman Kali Pertama Dimasukkan Ke Hospital - emilinda

Monday, October 1, 2018

Pengalaman Kali Pertama Dimasukkan Ke Hospital

Sekitar 4 minggu yang lepas, saya dimasukkan ke ward. Seumur hidup saya ini merupakan kali pertama saya warded. Selama ni duk kerap demam jugak, almaklum antibodi makin lemah seiring pertambahan usia. Gittew, haha. Tapi selama ni duk demam pun masih terkawal lagi. Lepas makan ubat, demah dan berehat biasanya sehari dua dah okay. Tapi kali ni demamnya secara tiba-tiba sangat, dan makan ubat pun tak jalan. Suhu naik tinggi sangat, sendi jadi sakit-sakit lenguh-lenguh. Memang tahap menggigil dah.


Hari Khamis 30 Ogos 2018, pagi pergi kerja macam biasa. Memang sihat walafiat. Dari ofis pergi SJMC kejap buat medical check-up untuk tujuan kerja. Habis medical check-up tengahari tu dah start rasa seram sejuk, berpeluh-peluh dan kepala start rasa panas. Setel urusan kat SJMC terus gerak balik ofis. Bila dah kat ofis, dia punya seram sejuk dan tak larat tu makin menjadi-jadi. Tahankan diri je masa tu nak tunggu waktu balik. Sampai rumah, makan panadol then terus baring cuba untuk tidur sambil demah dahi guna tuala basah. Masa tu dah rasa macam mamai sangat. Ekin balik, dia tolong belikan makanan. Tapi tak sedar bila masanya terlelap, dah lepas Isya' baru tersedar dan makan sikit untuk alas perut.

Sepanjang malam tu memang tak boleh nak tidur. Asyik terjaga sebab badan rasa macam nak terbakar, terutama bahagian kepala rasa panas sangat-sangat. Bahagian badan lain pulak keep on rasa seram sejuk. Guna selimut rasa panas, tak selimut rasa sejuk. Dah la badan makin rasa sakit-sakit dan lenguh, tak larat. Kepala pun mula sakit. Memang struggle la malam tu. Tuala basah tu la yang membantu sedikit sebanyak melegakan rasa panas kepala tu.

Keesokannya 31 Ogos 2018, cuti bersempena Merdeka. Memandangkan dah demam ni, memang cancel habis segala plan. Pagi-pagi dah mencari klinik terdekat. Doktor cakap tengok pada simptom, macam denggi. Terus rasa gelabah. Dah la kat kawasan apartment tempat saya menyewa tu, memang hotspot denggi. Doktor bagi ubat demam dan sachet air garam untuk diminum. Katanya minum air sebanyak mungkin. Kalau esok tak okay lagi atau makin teruk, pergi je buat blood test kat mana-mana hospital. Sebab doktor cakap simptom tu macam denggi, so bila balik rumah memang rasa tak senang duduk. Mula la duk menggoogle pasal simptom denggi dan pengalaman orang lain kena denggi. Dalam masa sama makan ubat dan air garam yang doktor bagi. Tapi asyik keluar balik je. Dah start muntah-muntah. Makan je muntah balik. Faham tak perasaan bila kita lapar tapi asal kita makan je keluar balik? Badan rasa takde tenaga. Demam masih tak kebah. Dari petang lepas Asar bawak ke Subuh esoknya memang menggigil. Demam menjadi-jadi waktu tu. Seksa betul rasa. Selama ni selalu jugak demam tapi tak pernah seteruk ni. Badan rasa sakit-sakit.


1 September 2018, cadangnya petang sikit nak pergi buat blood test kat nearest hospital. Paling dekat kat situ Hospital Pantai. Tapi pagi tu rasa tak larat sangat. Duk berbungkus dalam selimut, boleh termenangis sorang-sorang. Jadi rasa sedih & hopeless gila. Demam teruk macam tu tapi family semua jauh. Nak demah dahi pun kena demah sendiri, rindu mak sobs. Instead of pergi hospital waktu petang, Ekin ajak pergi terus. Masa tu memang dia punya tak larat tu rasa nak serah diri suruh doktor masukkan kat ward je. Sebabnya demam paling teruk waktu malam. Rasa tak sanggup nak go through malam tu lagi dalam keadaan tak larat tu. Takut KO sensorang kat situ hahaha. Kalau kat hospital at least nurse akan check dari semasa ke semasa. Plus, masa tu memang saya dah tak larat nak minum air banyak-banyak dah. Bibir jadi kering dan berdarah. Mana taknya, minum air pun muntah jugak. So masa kat ER, doktor buat blood test. Sementara tunggu result blood test, doktor bagi iv drip. Bila habis 1 botol drip, saya dah jadi segar balik. Panas badan pun slowly berkurang. Oh by the way, start hari ketiga demam ni tekak mula rasa pedih. Telan air liur pun rasa pedih. Result blood test keluar, negative denggi. Tapi doktor cakap ada infection sikit. Lega gila rasa bila tahu bukan denggi. Memandangkan negative denggi, doktor cakap dah boleh balik. Tapi saya mintak untuk warded jugak, mintak dorang monitor dulu. Sebab apa? Sebab boleh agak demam tu macam on off. Suhu turun sikit sebab baru lepas drip. Kalau balik rumah, takut demam tu datang balik malamnya.

Once warded, doktor lain datang check. Doktor tu doktor pakar tekak, hidung dan telinga. Lepas check semua, dia cakap tonsil dah mula bengkak. Bila dia mention tonsil tu, now i understand apa punca sebenar demam ni. Tonsil tu la. Dulu tahun 2016 kalau tak silap, saya pernah demam secara berulang berkali-kali disebabkan tonsil bengkak. Tapi waktu tu demam tak seteruk kali ni. Kali ni sakit tekaknya tak sangat, tapi demam tu yang teruk. Selain tonsil bengkak, doktor cakap bahagian dalam hidung start bengkak sikit sebab sinus. This one is new to me sebab selama ni memang tak pernah tahu ada sinus.


Sepanjang kat ward tu memang dorang sentiasa drip. Drip air okay lagi. Drip antibiotik tu yang tak tahan. Rasa nak putus tangan time dia drip antibiotik. Tiap kali tengok nurse datang bawak antibiotik, memang rasa time tu jugak nak mintak discharge. Malam tu masih demam, cuma lebih terkawal sebab nurse sentiasa check dan bagi ubat dari semasa ke semasa. Lagipun sebab masukkan air dalam badan kan, so proses nak kebah demam tu lagi cepat. Selera makan masih tak okay. Makan sekadar nak alas perut. Tak berani nak makan banyak-banyak sebab memang muntah balik.

2 September 2018, hari keempat demam dan hari kedua kat ward. Pagi-pagi subuh lagi nurse check suhu. Katanya dah tak demam. Terus dia stop bagi ubat. Cuma drip je yang masih diteruskan. Masa tu tak tahu pun dia nak stop kasi ubat. Tertunggu-tunggu jugak nurse datang kasi ubat. Semalam boleh tahan kerap dia bagi ubat, tapi harini takde pun. And nurse tak datang check suhu dah pun. Around pukul 11 lebih pagi tu badan dah start panas balik. Tapi duk diam-diam situ jela sampai nurse datang bagi ubat. Sebab masa tu kita memang tak tahu pun doktor arahkan nurse stop kasi ubat. Kita ingat nurse busy huhu. End up around lepas Zohor saya dah tak tahan sangat dah. Badan dah mula menggigil balik masa tu. Terus panggil nurse "Nurse boleh tolong check suhu saya tak? Saya rasa macam demam balik". Dia check, "Aah, demam. Sekejap ye". Lepas tu dia keluar. Tapi lama gila keluarnya, dekat sejam. Marah pulak rasa time tu sebab kita yang duk menahan rasa gigil rasa sakit segala tu. So i hit the button again. Nurse lain datang, dia cakap "Kejap, ubat you on the way dah". 5 mins later ubat sampai. Rasa bersalah pulak buat muka kat nurse tu. Dia pun ikut arahan doktor jela logiknya kan? Actually masa tu rasa bengang sebab diorang terus stop bagi ubat once suhu dah okay tanpa bagitahu pun. Masa tu suhu okay mungkin sebab kesan ubat kan. At least nak stop bagi ubat pun, datang la check patient ni jugak dari semasa ke semasa. Bukan terus tak monitor langsung.

Malamnya masih demam. Menggigil-gigil. Ubat dan antibiotik diteruskan. Kali ni dia bagi antibiotik lain, lagi banyak kuantiti hahahaha. Sengsara betul nak habiskan drip antibiotik tu. Mintak tolong nurse slowkan aircond sebab sejuk sangat tahap menggigil. Tapi nurse cakap "Tak boleh. Awak kena remain dalam suhu macam ni. Kalau tak nanti panas balik badan awak. Kalau sejuk, awak selimut". Okayyy. Redha jela masa tu.


3 September, pagi tu dah rasa sihat dah. Sebenarnya takde la sihat mana pun. Tapi sebab dah tak nak duduk kat hospital, paksakan diri jugak makan dan minum banyak-banyak walaupun tak selera langsung, walaupun muntah balik. Sebab nak cepat-cepat balik. Paling tak tahan bab makan. Serious bila tak sihat, tekak dan hidung ni takleh nak terima makanan hospital. Baunya aje dah buat rasa nak muntah. Walhal kalau sihat, rasanya nampak sedap je makanan tu. Nasib baik ada insan-insan yang baikhati datang jenguk kita bawak makanan dari luar. Petang tu masa doktor datang, terus request nak discharged. Memang nekad nak discharged haritu jugak. Doktor macam keberatan nak bagi diacharge haritu. "Are you sure you dah sihat? Tak nak monitor lagi satu hari?". But i insist nak keluar haritu jugak, so yeah boleh balik hihi. Tapi banyak betul ubat doktor kasi, and dia bagi mc for the next day suruh berehat je kat rumah sampai dah okay sikit untuk masuk kerja. Disebabkan dah serik dan nak cepat-cepat sihat, memang saya makan ubat tu ikut aturan. Dan alhamdulillah, slowly makin sihat tapi seminggu jugak la nak betul-betul recover tu.

Betul la orang kata, bila kita dah merasa derita sakit barulah kita tahu menghargai nikmat sihat. Lepas fasa demam teruk kali ni, saya mula lebih menjaga kesihatan sendiri. Waktu makan saya jaga, waktu tidur pun jaga. Dan slowly nak amalkan gaya hidup sihat, banyakkan buat aktiviti-aktiviti sihat instead of terperuk kat rumah menghadap gadget. Now i feel healthier.

Oh by the way, staf dekat Hospital Pantai KL semuanya friendly, especially nurse. Mulianya kerja nurse ni, malam-malam pun tinggalkan family, berjaga kat hospital untuk jaga pesakit, hadap karenah pesakit yang macam-macam. Saya doakan nurse-nurse yang rawat saya sepanjang kat sana dikurniakan kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki. And terima kasih banyak-banyak untuk kawan-kawan yang baikhati ada untuk saya waktu saya tak sihat. You know who you are. Almaklum mak ayah saya jauh, so menumpang jela perhatian kawan-kawan. My mom hari-hari call tanya. I know my mom very well, i guess she feel guilty sebab tak dapat datang jaga saya kat hospital memandangkan keadaan kaki dia yang masih belum fully recover masa tu. Takpe mak, anak mak dah besar hihi.

56 comments:

  1. Semoga cepat sembuh. Tak pernah ada lagi pengalaman masuk hospital ni. Kalau sakit pun, seboleh mungkin nak elak dimasukkan hospital. hehe

    ReplyDelete
  2. semoga cepat sembuh emilinda ! hmmph i ni dah banyak kali merasa wad, anak lagi masuk wad.. ugh tu la sekarang memang cuaca agak berhumid banyak bakteria dan virus yang sedang cari perumah ni... kita la mangsa tu heeee

    ReplyDelete
  3. aww.. get well soon, speedy recovery.. hope you're in the pink of health always... stay far far from hospital.. everyday healthy!

    ReplyDelete
  4. Ya allah..sama la ngan akak baru-baru ni..masa cuti Hari Malaysia..akak demam teruk sama macam ni..tonsil memang bengkak dan merah..nasib baik doc bagi ubat anti inflammation ke apa ntah namanya..demam jenis ni yang akak tak suka sebab sakit mencucuk segala sendi..letih muntah tu tak yah cakap la kan...alhamdulillah Emi dah sihat...

    ReplyDelete
  5. Tu lah orang cakap kalau deman lain macam kena cepat-cepat pergi doktor jangan harap sangat kat ubat sebab kadang-kadang bakteria tu dah imun dengan ubat yang biasa kita ambil. Moga cepat sembuh dan juga terus sihat dan dihindari dari sakit lagi...

    ReplyDelete
  6. Speedy recovery. Tu la zaan sekarang memang kalau demam kena cepat-cepat dapatkan rawatan..maklum la sekarang macam-macam. apa pun semoga sentiasa sihat hendaknya

    ReplyDelete
  7. Semoga sis di beri nikmat kesihatan semua. itulah kan, kadang kadang tu nak sakit Allah boleh uji kita bila bila masa saja.

    ReplyDelete
  8. Sepanjang hidup 24 tahun ni alhmdulillh belum lgi rasa duk hospital. Tak pe la emi Allah nk bg sakit. Anggap je ni penglm manis masuk hospital kali pertama. hehehe. Harap lepas ni sentiasa sihat ya

    ReplyDelete
  9. Semoga diberi kesihatan yang baik dan berpanjangan. Drip tu memang sakit, lebih2 lagi klu tersumbat dengan darah. Bila nurse pulas wayar drip tu, rasa nk mnjert rasanya.

    ReplyDelete
  10. Belum pernah lagi rasa tinggal di wad hospital. Saya ni nak datang ke hospital pun takut sebab takut kena inject hihi. Tapi kalau dah sakit tu saya datang je la. Apa pun sama-sama la kita jaga kesihatan. Semoga sihat selalu!

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  11. Sakit pencuci dosa-dosa kita , bila sakit terasa nikmatnya sihat tu kan , hehe semoga sembuh seperti sediakala dan dijauhi penyakit yg berbahaya , pernah warded sebab pregnant je heheee

    ReplyDelete
  12. Moga cepat sembuh ya. Memang pertama kali masuk hospital perasaan tu lain mcm sikit..tKut cemas semua ada. Tapi mcm sis dh beberapa kali masuk hospital perasaan tkut ttp ada..mmg tak suka..:) apa2 pun doakan yg terbaik shj utk kita semua

    ReplyDelete
  13. Get well soon emi..speedy recovery..memang kalau sakit duduk jauh dari family rasa sayu jek...huhu...

    ReplyDelete
  14. Mama teringat hadis tentang 5 perkara sebelum 5 perkara. sihat sebelum sakit, muda sebelum tua, kaya sebelum miskin, lapang sebelum sempit, hidup sebelum mati.

    Sama sama kita beringat dan hargai apa yang ada

    ReplyDelete
  15. Moga cpt sembuh & diberi kesihatan yg baik2.. Lps ni kne jaga semua nya kan.. Sme la mcm wawa dlu.. Tp blom thp msuk hospital... Tme skit bru rse time sihat tu....

    ReplyDelete
  16. ya Allah takutnya. semoga emi sentiasa dalam keadaan sihat walafiat. take care n jaga stress2. Setakat hari ini, belum pernah lagi kena warded. minta dijauhkan lah. takut tengok jarum

    ReplyDelete
  17. take care okay :)
    from your new follower here #558

    ReplyDelete
  18. Lama juga demam ya. Pernah juga jadi macam ni dulu. Lama tak demam tiba demam memang lama berkait dengan penyakit lain. Semoga cepat sembuh ya.

    ReplyDelete
  19. Allhuakbar emy..nasib tak serius..semoga cepat sembuh emy..bahaya kalau denggi ni..nasib pergi hospital ye..boleh doktor tengokkan..sakit penghapus dosa..

    ReplyDelete
  20. Emii.. huawaa.. jaga diri n jaga kesihatan.. takut bila dgr pasal emi sakit camni.. AM doakan emi sentiasa sihat.. anything jgn segan silu roger buddies yea.. insyaallah, kami boleh dtg demi emi..

    ReplyDelete
  21. Teringat suami meninggal pasal d3nggi..

    ReplyDelete
  22. A wide range of styles and structures are accessible today. From strong wood beds made of oak or maple.hasta yatağı kiralama

    ReplyDelete
  23. https://www.prettilyrare.com/2019/05/review-wad-hospital-pakar-kpj-selangor.html?showComment=1581171818072#c8879620890802573882

    ReplyDelete
  24. When your website or blog goes live for the first time, it is exciting. That is until you realize no one but you and your. hasta yatağı

    ReplyDelete
  25. apa perasaan masa dekat wad ? ada nurse teman ke ?

    ReplyDelete
  26. istanbulda hizmet vermekte olan ilaçlama ekibi olarak teşekkür etmekteyiz.

    ReplyDelete
  27. Sabah Medikal hasta yatağı kiralama şirketi personeli olarak çalışmalarınızda başarılar diliyoruz.

    ReplyDelete
  28. Amazing your blog goes live for the first time, it is exciting. Thank you for sharing.

    ReplyDelete
  29. Hello! I simply would choose to give a massive thumbs up for any great Health

    ReplyDelete
  30. Outstanding post. Want to know how to remove Realsrv Malware from your PC? Well, don't worry, now there'll be no more annoying advertisements and potentially deadly viruses! Just visit this given article that provides a fix to get rid of such a virus.

    ReplyDelete
  31. It’s really a great and helpful piece of information. Do you possess knowledge about the potential drawbacks associated with car leasing? Before making a decision, take the opportunity to explore the 10 reasons not to lease a car . These reasons encompass various factors, including financial concerns, limited flexibility, and long-term commitments. Having a comprehensive understanding of these aspects will empower you to make an informed decision that perfectly suits your needs and preferences. For more information, refer to the article.

    ReplyDelete
  32. Great information you shared through this blog. Do you long for a living space that effortlessly combines comfort and sophistication? If this resonates with you, the Boucle Chair is an exceptional masterpiece that encapsulates style and functionality. To delve into more information, make sure to check out the article.

    ReplyDelete
  33. Good post! Keep up the great writing. Are you looking to know how to View a Private Profile? If yes, then you have come to the perfect place. With some tricks and tips, you can view someone's private profile. For more info visit the article.

    ReplyDelete
  34. Sabah Medikal hasta yatağı kiralama firması olarak başarılarınızın devamını dileriz.

    ReplyDelete
  35. Thank you so much, Please continue to share such useful information with us.
    Playboy Job Opportunity In India To Registration
    If you want to Earn Money in Your Free Time Visit Gigoomania.com

    ReplyDelete
  36. A46EE
    ----
    ----
    ----
    ----
    ----
    ----
    matadorbet
    ----
    ----

    ReplyDelete

Kindly leave your comment/feedback here.