Kekal Segar dengan Dashing ADVENTURER 2.0 - emilinda

Tuesday, October 4, 2016

Kekal Segar dengan Dashing ADVENTURER 2.0


Dashing sememangnya sangat sinonim dalam kalangan kaum lelaki kat Malaysia ni. Boleh dikatakan antara brand yang menjadi pilihan kebanyakan lelaki. Trusted brand la. Walaupun aku belum bersuami lagi, tapi abang-abang & adik-adik aku memang pengguna Dashing. Orang lelaki ni secara semulajadinya jenis yang agak lasak, so kuat berpeluh. Kalau tak pakai deodorant, memang kepam la jawabnya. Lelaki zaman sekarang ni mostly dah sedar kepentingan menjaga penampilan diri. Dengan penampilan yang baik dan terjaga, baru la lebih confident nak melalui kehidupan. Kalau kat kampung, perfume aku selalu kena kebas dengan adik aku kalau perfume dia habis. Perfume perempuan pun dia bantai aje. Sakit hati pulak kita, hahah. Tapi tu dulu la. Sekarang ni dia pun dah makin besar panjang, so takde dah nak curi-curi pakai perfume perempuan. Dah reti beza sikit, lol.


Baru-baru ni, Dashing melancarkan kembali rangkaian Dashing ADVENTURER yang terdiri daripada EDT, Deodorant Semburan dan juga Roll-On Deodorant. Wangian yang terbaru ni diformulasikan untuk bertahan lebih lama dan membekalkan kesegaran sepanjang hari, terutamanya untuk lelaki yang aktif. Didatangkan dalam dua variasi iaitu BOLD 2.0 dan EDGE 2.0.

Lebih Menyegarkan Dengan Haruman Dashing Adventurer 2.0

Untuk memastikan keselesaan dan kesegaran yang maksimum, DASHING ADVENTURER memperkenalkan inovasi terbaru dalam rangkaiannya iaitu Deodoran Semburan TANPA GAS yang pertama di Malaysia. Deodoran semburan yang lain kebiasaannya akan habis dalam tempoh 3 minggu penggunaan. Tetapi, deodoran semburan tanpa gas ini mengandungi cecair deodoran compact yang membekalkan sehingga 750 kali semburan bagi setiap botol, dan mampu bertahan selama 2 bulan. Memang berbaloi sangat la kan.

 Jangan lupa dapatkan Dashing Adventurer di pasaraya berdekatan dengan korang tu. Dashing Adventurer 2.0 pastinya akan membuatkan anda si jejaka lebih yakin dan berani untuk berhadapan dengan segala cabaran.

2 comments:

Nadia Johari said...

nak beli untuk shuben la

Miera Nadhirah Tan said...

this is a good brand... my husband pakai jugak... wangi... huhuh