Media Hotel, Petaling Jaya - emilinda

Sunday, October 18, 2015

Media Hotel, Petaling Jaya


First of all, this is not a paid review. Aku share tentang hotel ni sebab aku pernah menginap kat hotel ni for about 23 days. Saje la nak share pengalaman dan pendapat tentang hotel ni. Mana la tahu boleh jadi rujukan untuk sesiapa yang mencari hotel sekitar Petaling Jaya.

Aku paling ingat muka brader yang dekat kaunter depan ni, sebab muka dia sangat flawless. Haha

Aku takde la saja-saja datang menginap kat Media Hotel ni. Last month aku ada training selama 23 hari dekat Ara Damansara. Bagi peserta training yang berasal dari luar KL, pihak company ada sediakan accomodation. 


Aku dapat bilik yang macam dalam gambar kat atas ni. Deluxe Family King tak silap. Ada satu katil single dan satu katil king size. Bilik ni actually untuk 3 orang. Tapi memandangkan maybe tak cukup bilik ke apa ntah, kitorang kena stay 4 orang dalam bilik ni. Makanya pihak hotel tambah lagi satu katil single kat sebelah katil single yang sedia ada tu.

Inilah rupa bilik kitorang setelah ditambah satu lagi katil single.

Bilik ni takde la crowded sangat untuk 4 orang. Okay je, selesa. Apa kemudahan yang disediakan? TV, peti ais, penghawa dingin, wifi of course ada. Bilik air pun tak kongsi dengan bilik lain la. Private bathroom lengkap dengan water heater. Dalam bilik ni ada 3 plug. Iron ada dekat hallway, tapi memandangkan one of my roommate bawak iron so kitorang biasa iron baju dalam bilik je. Aku dapat bilik kat level 3, tapi okay la sebab ada je lif. Takyah nak panjat tangga sangat.

Meja solek. Kitorang stay sana dalam tempoh yang agak lama, so normal la segala benda kitorang lambak kat atas ni. Hahah

Don't worry pasal cermin, memang cukup. Takyah berebut nak menilik muka masing-masing. Banyak je cermin. Pintu bilik air pun cermin jugak.

Suasana kat sini okay la. Kedai makan takde sangat, tapi ada restoran hotel yang menyediakan breakfast untuk guest setiap hari. Kedai runcit pun ada sederet dengan hotel ni, 99 Speedmart. Nak beli pape senang. Aku ingat lagi first day kat hotel ni, kitorang macam ada dengar bunyi macam orang mengaji dan berzikir guna microphone tau. So kitorang ingat ada masjid yang dekat dengan hotel ni. Tapi bila dengar betul-betul, kitorang macam "Eh surah apa yang dorang baca laju sangat tu?". Oh, rupanya kuil, bukan masjid. Hihi. Kadang-kadang malam pun kuat jugak bunyi dari kuil tu. Agak mengganggu jugak la actually. 



Yang penting, condition bilik air bersih. Kalau pergi mana-mana pun toilet tu antara perkara pertama yang kita tengok. Bersih ke tidak. Everyday dorang akan buat morning call ke setiap bilik. Kitorang stay kat hotel ni waktu malam je pun. Pagi-pagi dah bangun, breakfast then terus ke Ara Damansara untuk training. Biasanya lepas Maghrib baru sampai ke hotel. Penat-penat memang terus fengsan kat katil jela jawabnya. Haha. Room service macam biasalah, everyday memang ada. Towel pun ditukar setiap hari. 


Breakfast yang disediakan pihak hotel alhamdulillah lah bagi aku okay je. Everyday menu ditukar-tukar. Dan, dia variety kan menu la. Dalam satu hari tu, takde la dia sediakan satu menu je. Contohnya kalau hari ni dia sediakan nasi lemak, ada jugak disediakan menu lain seperti roti bakar atau roti canai. Air pun sama. Yela, ada sesetengah orang tak makan certain menu. 

Alhamdulillah aku dapat room mates yang sporting semuanya, senang nak ngam. Ena, Ida dan Yanti. Dalam tempoh yang singkat kitorang boleh jadi rapat, macam dah lama kenal. Last day nak berpisah pun sedih.


Media Hotel
Unit A-3-01 Block A Tropicana Merchant Square
No 1 Jalan Tropicana Selatan 1, PJU 3 Petaling Jaya,
46050, Malaysia
+603 7885 8440

1 comment:

reezluv said...

23 hari duk hotel..humang aih lama...huhhu