Tuesday, September 29, 2015

LOBBEE Thai Connection, restoran masakan Thailand


Maaf ye wahai pembaca sekalian sebab dah lama tak update blog. Actually kebelakangan ni aku agak busy sebab ada join training. Weekdays memang jadual packed sangat. Waktu malam balik penat-penat terus tidur. Yang tinggal hanya weekend which is sometimes ada jemputan event dan kena entertain family members yang datang ke KL. Baru-baru ni aku dan geng Einaangel Network Crew berkesempatan menerjah satu restoran masakan Thai yang terletak di Empire Damansara iaitu restoran Lobbee Thai Connection.


Dekorasi restoran yang simple dan tak terlalu sarat dengan perhiasan memang menarik perhatian. Dari jauh dah nampak warna kerusi dan meja semua kuning. Heheh. Restoran ni terletak dekat Ground Floor. So that day kitorang dihidangkan dengan beberapa menu menarik. Meh nak story satu persatu. Kasi kecur ailioq korang. Heheh :P

Kami di hidangkan dengan 5 jenis minuman yang berbeza dan sangat unik. Bukan setakat rupa aje unik, nama minuman ni pun panjang berjela dan sangat unik.

Iced Butterfly Pea Lime Juice

Iced Butterfly Pea Lime Juice Air ni semasa dihidangkan kat kitorang, warnanya biru tau. Kat sebelah dia ada small glass mengandungi Lime Juice. Bila kita tuangkan Lime Jice tu ke dalam air, air akan bertukar menjadi warna purple. Haaaa, macam magic pulak rasa. Harga RM8 satu gelas.

Iced Butterfly Pea Milk

Iced Butterfly Pea Milk - Kombinasi rasa unik bunga yang digunakan untuk buat nasi kerabu (lupa dah nama bunga tu apa ) dengan susu. Hnaya RM9 satu gelas.

Red Lemon Soda

Red Lemon Soda - Yang dalam botol tu adalah soda. Haaaa, air ni memang betol-betol kick la bila dah di campur dengan soda. Hanya RM8 satu gelas.

Lobbee Ice Tea

Lobbee Ice Tea - Dalam air teh ni ada buah laici. Not bad, ada rasa teh dan dalam masa sama ada rasa laici. RM9 sahaja.

Iced Thai Tea With Grass Jelly

Iced Thai Tea With Grass Jelly - Teh ais Thai ni memang femes dalam kalangan penggemar makanan Thai. Aku sendiri tak terkecuali memang suka minum teh ais Thai ni. RM8 sahaja.

Fried Potato With Thai Salad Dressing 

Fried Potato With Thai Salad Dressing - Potato yang digoreng dengan sangat rangup ni, sedap betul bila dicicah dengan sos yang disediakan khas. Rasa sos ala-ala kuah somtam gitu. RM11

Fried Prawn With Sesame

Fried Prawn With Sesame - Hanya RM8/serving, hidangan udang yang digoreng rangup ni memang sedap. Aku yang allergic dengan udang ni pun tak mampu tahan nafsu memang tibai je makan udang ni. Heheh.

Thai Squid Cake 

Thai Squid Cake - First time aku try Thai Squid Cake ni. Unik. Selalunya biasa makan fish cake. Kali ni squid cake. Dalam tu ada sotong. RM12/serving

Chicken Skewers

Chicken Skewers - Yang ni recommended sangat. Sedap! Hanya RM9 sahaja.

 Crispy Wanton Pad Thai

Crispy Wanton Pad Thai - Yang ni memula aku ingat char kuew teow, rupanya bukan. Not bad, sedap. Hanya RM16, boleh kongsi makan dengan kawan sebab agak banyak.

Lobbee Combo 3 Tomyam

Lobbee Combo 3 Tomyam - Yang ni wajib try ni. Signature menu bagi restoran Lobbee. Dengan hanya RM98, satu portion ni sesuai untuk 4 hingga 5 orang. Kitorang makan berlima pun tak habis. Mengandungi noodle, lobster, mussel, king crab leg, salmon, squid, and soft boiled egg.


Lastly, kitorang dihidangkan dengan 2 jenis aiskrim iaitu Coconut Ice Cream with 3 Topping (RM7) dan juga Blue RubyWith Coconut Ice Cream & Jack Fruit (RM9). Try ais krim kelapa dia yang plain pun dah sedap gila. Paling suka dia punya blue ruby tu, sedap sangat! Overall puashati sangat dengan menu-menu dekat restoran Lobbee ni. Next time ada masa boleh ajak kawan-kawan lepak makan sini.


Lobbee Thai Connection 
LG-07,  Empire Damansara,
Jalan PJU 8/8, Damansara Perdana. 
Tel: 03-76294869 
Operation Hours : 11 pagi hingga 3 ptg, 5.30 ptg hingga 10 malam (Isnin Tutup) 


Untuk tempahan function boleh email: lobbeethai@gmail.com




0 bLOggEr cUmiL: