emilinda

Sunday, August 16, 2015

Syawal 2015 : Beraya bersama rakan blogger

August 16, 2015 0
Syawal 2015 : Beraya bersama rakan blogger

Sedar tak sedar Syawal dah pun berakhir semalam. So takde raya-raya dah, takde open house dah. Raya sampai 30 Syawal je. Hehe. Bila dah habis beraya lebih kurang seminggu kat kampung haritu, terus balik KL. Sejak dah habis belajar ni, aku lebih banyak habiskan masa sorang-sorang. Sebab kawan-kawan semua jauh *nangis bawah selimut*. Kawan ramai je, tapi kawan yang rapat dan sekepala tu tak ramai sangat la dan mostly jauh. Yela, masing-masing dah busy. Tak macam zaman belajar dulu. Kalau perasan beberapa bulan kebelakangan ni aku banyak join aktiviti dan event dengan rakan-rakan blogger, untuk sibukkan diri. Dulu aku bukan kenal pun dorang, tapi bila dah kerap jumpa tu boleh jadi kawan pulak. And surprisingly most of them sangatlah sporting dan boleh buat geng.

Last 2 weeks kalau tak silap, aku join dorang terjah rumah a few blogger. Daripada tak kenal pun dorang ni, pastu dah kenal siap boleh beraya bersama lagi haa. Kemain kann. Haha. Bermula dengan rumah Shiqin, then ke open house MahaMahu. Lepas tu dorang ke rumah blogger Rasul, tapi aku tak dapat ikut. Lepas open house MahaMahu, terus balik atas sebab tertentu. Seronok bila jumpa dorang ni, meriah betul.

 Rumah pertama, rumah Shiqin. 

Zira, antara blogger terawal yang aku kenal. Kenal pun sebab pergi event sama-sama last year.


Time ni dah nak gerak ke open house MahaMahu pulak

Open house MahaMahu




Aku ni bukan jenis yang talkative sangat dengan orang yang aku tak biasa. Tapi alhamdulillah, dengan dorang ni kalau first time jumpa pun rasa macam dah lama kenal. Tak sombong, peramah sangat dorang. Dah beberapa kali jumpa terus boleh jadi kamceng, sekepala. Haha. Penat jugak , tapi seronok. 

Minggu lepas pulak blogger Eina ajak kitorang ke rumah terbuka Utusan, kat Bangi. Kitorang ni kalau tak sibuk memang laju je nak ikut. Haha. Pantang di ajak haa. Meriah betul rumah terbuka Utusan ni, ramai yang datang termasuk para artis. Aku ni pulak pesen yang tak kenal sangat artis. Kalau artis lalu sebelah pun memang aku tak cam. Haha. Teruk betul. So pergi rumah terbuka hadap jela makanan beberapa round. Mwahaha. Sesetengah artis tu kalau aku kenal nama pun, tapi aku tak cam muka. Biasalah, kalau pelakon slot Akasia TV3 petang-petang tu aku cam la jugak. Yang lain harap maap, aku tak berapa cam. Kat Malaysia ni artis tumbuh bagaikan cendawan, ramai sangat sampai tak kenal pun. Nak nak lagi kalau penyanyi memang aku payah nak cam. Lagu dorang aku tahu, tapi penyanyi nya aku tak kenal.






Itu aje la cerita Syawal aku berasama rakan blogger tahun ni. Harapnya tahun depan masih berkesempatan nak beraya bersama lagi.





Thursday, August 13, 2015

Cara mudah, berkesan dan praktikal untuk tanggalkan mekap - SkinSoul Ultra-Soft Facial Towelettes

August 13, 2015 3
Cara mudah, berkesan dan praktikal untuk tanggalkan mekap - SkinSoul Ultra-Soft Facial Towelettes


Hai korang! Kebiasaannya macam mana cara korang remove make up dari kulit muka korang? Ada yang remove make up guna cotton bud dan minyak johnson's baby, ada yang sekadar guna pencuci muka je, ada yang guna cecair make up remover, ada yang guna wet tissue, dan ada jugak yang terus tidur tanpa tanggalkan bahan mekap dari kulit. Haha. Baik ngaku bahawasanya korang pernah je tidur tanpa tanggalkan mekap. Aku pun pernah jugak balik kepenatan dan terus tidur tanpa buang bahan mekap dimuka dan tanpa cuci muka langsung. Mwahaha. Biasa la, kadang-kadang rasa malas tu ada jugak, especially kalau dah penat sangat. Rasa leceh je kan nak tanggalkan mekap bagai ni. Penat nak tonyoh-tonyoh muka semata nak tanggalkan mekap. Kadang-kadang pedih jugak muka sebab sental kuat sangat nak bagi hilang segala bentuk bahan mekap kat muka tu. Tapi, seperti yang kita sedia maklum, bahan mekap ni tak elok dibiarkan lama kat kulit apatah lagi terus tidur tanpa dibersihkan. Boleh menyebabkan liang pori tersumbat dan jugak lama-kelamaan boleh menyebabkan kulit nampak lebih tua dari usia. Nak ke nampak tua walhal masih muda? Haha takmooo !!

Cara aku tanggalkan make up samada 2 cara iaitu,

  1. Guna make-up remover. Ada a few brand yang aku pernah guna, biasanya aku beli dekat Watson, Guardian or Sephora. Tapi kadang-kadang kurang berkesan jugak sebab nak kena tonyoh kuat-kuat dan berkali-kali baru betul-betul hilang sisa make up tu. Take time jugak la nak hilang, dan kebiasaannya tak hilang semua. Lepastu dah cuci muka dengan cleanser pun still boleh nampak ada macam kesan mascara & eyeliner. Haha itu yang paling susah nak tanggal. Tension.
  2. Guna wet tissue. Kalau korang perasan, wet tissue untuk muka ni banyak dijual di kedai-kedai macam Watson, Sephora dan Guardian. Ada a few brand jugak la yang boleh korang pilih. Aku pernah try brand apa ntah dulu, tapi guna tak habis pun. Entah ke mana dah pun aku letak benda alah tu. Tak suka, sebab payah nak tanggal mekap tu. Kena tonyoh jugak banyak-banyak kali dan ianya sometimes buat kulit jadi pedih gara-gara wet tissue tu yang terasa agak kasar pada kulit muka. End up lagi prefer guna make up remover.

Baru-baru ni aku diperkenalkan dengan SkinSoul Untra-Soft Facial Towelettes yang sangat praktikal dan best digunakan untuk membuang sisa mekap dan kotoran pada muka. Kenapa aku cakap best dan praktikal untuk digunakan? Haaa teruskan pembacaan. SkinSoul Ultra-Soft Facial Towelettes ni boleh hilangkan kesan bahan mekap dengan sangat mudah. Tak payah nak sental kuat-kuat, waterproof mascara pun senang hilang. Ianya sejenis wet tissue jugak la, cuma ia tak kasar pada kulit. Bila guna terasa lembut je kat kulit kita, lepas guna tu boleh rasa kulit jadi smooth, hydrated dan tak kering. Ianya bukan sahaja PARABEN FREE dan LANOLIN FREE, tapi jugak tiada pewarna dan pewangi tiruan serta takde bahan kimia yang boleh merosakkan kulit. Sesape yang ada kulit sensitif tu memang recommended sangat la untuk guna produk ni. Sesuai untuk semua jenis kulit.


Sangat mudah nak guna SkinSoul Ultra-Soft Facial Towelettes ni. Hanya tekapkan dekat kulit untuk beberapa saat, then boleh la mula lap sampai hilang semua kotoran dan sisa mekap tu. Aku dah try, dan sekarang memang aku dah in love sangat dengan facial wipe ni. Mudah, berkesan dan praktikal. Meh sini aku tunjuk nak kasi korang rasa excited macam aku. Haha


So aku selongkar a few barang mekap macam dalam gambar kat atas yang boleh aku gunakan untuk bereksperimen kali ni. Dari kanan Revlon Nearly Naked Pressed Powder, Simplysiti Simply Elegant Blusher, Avon LipLiner, Avon Glimmersticks Eyeliner, Cozuma Mattifying Lipstick, Revlon ColorStay Ultimate Suede Lipstick, Seqy Beauty BB Cream, dan SkinSoul Natural Volume Attack Mascara.

Tadaaa! Siap mekap. Simple je mekapnya

Okay, masa untuk menguji keberkesanan SkinSoul Ultre-Soft Facial Towelettes ni. Maaplah, gambar masa tengah lap guna facial wipe ni sekadar gambar camni je. Almaklum la, duk main mekap-mekap sensorang kat rumah, bukan ada sesape tolong snap gambar. Satu tangan untuk lap muka, satu tangan lagi untuk pegang camera. Mwahaha.

Omakkauu!! Horror jugak muka aku kalau bare face. Hahaha. Pucat je siap ada dark circle lagi sekitar mata. Ini muka lepas guna SkinSoul Ultra-Soft Facial Towelettes, dah hilang habis semua kesan mekap. Rasa lembut dan selesa je muka. Tak rasa oily macam make up remover yang biasa aku guna tu. Tak payah nak sental kuat-kuat, memang senang hilang. 

 Kesan make up yang ditanggalkan. Hanya sekeping SkinSoul Ultra-Soft Facial Towelettes aje dah memadai untuk hilangkan kesan mekap dan kotoran kat muka aku. Bagus betul. Kejap aje semua bahan mekap dah boleh hilang dari muka ni. 

Mudah, berkesan dan lebih praktikal untuk digunakan. Senang bawak ke mana-mana, masukkan je dalam handbag. Tak payah fikir nak bawak botol make up remover + kapas muka + pencuci muka.


Kalau korang berminat dengan produk ni, silalah ke mana-mana outlet SkinSoul. Boleh check dekat website http://www.skinsoul.com.my untuk maklumat tentang lokasi outlet SkinSoul ni. Oh ye, ada berita baik untuk korang yang tengah baca blog ni. Special untuk readers blog ini je. Korang boleh dapat deal yang awesome dekat mana-mana outlet SkinSoul ni bila korang ikut langkah mudah kat bawah ni :

Like Facebook SkinSoul dan tunjukkan code #SSRosnie

Antara privileges yang korang boleh dapat bila tunjuk code #SSRosnie ni kat mana-mana outlet SkinSoul adalah korang boleh dapatkan SkinSoul SkinShield Travelling Set dengan harga special RM388 (harga asal RM500). Selain tu korang juga akan dapat produk SkinSoul SkinShield bernilai RM100 sekiranya korang beli apa-apa produk dengan minimum RM100 dalam satu bil. Kalau korang nak beli SkinSoul Ultra-Soft Facial Towelettes yang macam aku ceritakan kat entry ni, harganya RM53 sahaja (60 keping). Kalau korang beli 2, dan tunjukkan code #SSRosnie korang akan dapat FREE limited edition SkinSoul Lip Balm.




Nak tahu lebih lanjut boleh ke http://www.skinsoul.com.my


Tuesday, August 11, 2015

MOVIE : Fantastic Four

August 11, 2015 1
MOVIE : Fantastic Four


Semalam aku bosan duk rumah so aku pergi tengok movie Fantastic Four. Takde pilihan cerita sangat buat masa sekarang. Mission Impossible pun aku dah tengok. So end up aku tengok Fantastic Four. Aku expect cerita ni best. Tapi tak melepasi expectation aku la. Biasa-biasa sahaja. Sekejap je dah habis cerita ni, 1 jam 40 minit.


Basically cerita ni adalah berkisar tentang bagaimana geng Fantastic Four ni boleh dapat super power yang dorang ada tu. Si Reed tu sejak kecik lagi berusaha untuk cipta teleport machine, untuk transport across the space. Setelah mesin tu berjaya dicipta, mereka berempat iaitu Reed, Ben, Victor dan Johnny buat keputusan untuk pergi sendiri ke tempat tu sebab diorang nak jadi orang pertama ke sana memandangkan diorang yang berusaha cipta mesin tu. Semasa kat sana, terjadi something yang menyebabkan Victor tak dapat diselamatkan. So dorang pulang bertiga sahaja dan mesin macam mengalami masalah sikit masa nak balik tu. Sue yang sedar tentang semua tu cuba nak kembalikan kawan-kawan dia ni secara manual tetapi dengan dia sekali terkena tempiasnya. Dorang berjaya pulang tapi mesin tu dah meletup dan masing-masing dah berubah dari segi fizikal. Dorang dapat kuasa luar biasa. Masa bapak Johnny meninggal kena bunuh dengan Victor tu, aku sedih gila rasa. Haha. Emo tak pepasal. Tapi kan, watak jahat keluar kejap je. Senang sangat dorang tewaskan watak jahat tu. Btw watak jahat tu adalah Victor yang disangkakan telah meninggal. Rupanya Victor masih hidup kat planet lagi satu tu dan dah bertukar jadi jahat.


Monday, August 10, 2015

Tepat ke hati.

August 10, 2015 0
Tepat ke hati.


Tadi while browsing the videos on Youtube, i saw a comment that really caught my attention. Actually tengah dengar a few Korean songs sambil lipat baju yang menimbun and then rasa macam "eh pernah dengar la lagu ni". I checked on it. Oh, Yana pernah share lagu ni dekat timeline Facebook dia. Lagu Big Bang. The first time aku dengar lagu dan tengok lirik lagu tu masa Yana share dekat Facebook dia haritu, aku rasa something sangat. Rasa macam kata-kata dalam lirik tu ditujukan kat aku. Isk. Rasa macam kata-kata dalam lirik tu adalah peringatan yang ditujukan tepat ke hati aku, untuk buat aku sedar tentang something. Then aku baca komen-komen dekat video tu. Dan terhenti dekat satu komen which is aku rasa sangat menusuk ke hati aku. Seolah satu lagi peringatan yang Dia nak tujukan dekat aku.

"Just because you like that person doesn't mean you have to date that person right away. Love takes time so take your time to be friends first. Learn how to love and trust him or her before you actually date or be together because you'll never know what's going to happen tomorrow. Know what you really want first before it's too late. For example, someone that had lost his/her love and trust before. It's hard for that person to move on so quickly because he/she is trying to find the right one , not just any one that he/she like.  You can always be friends and enjoy the moment first to see if that person is the person that you really want in your life. "

And then I realized that I have made the right decision. Yes, you have done your best, Emi. Now serahkan pada Dia.


Friday, August 7, 2015

C-Jello Collagen Jelly Bar

August 07, 2015 2
C-Jello Collagen Jelly Bar


Hai korang ! :D

Korang ada amalkan apa-apa supplement tak untuk kesihatan tubuh badan dan kecantikan kulit? Meh la share petua kecantikan uols! Takyah nafikan la, aku yakin mostly ada amalkan pemakanan supplement especially perempuan yang berumur 20 tahun ke atas. Almaklum la, zaman sekolah takde duit sangat nak beli supplement bagai ni. Time tu pakai pencuci muka dan krim serta bedak pun dah rasa macam cantik sangat dah. Wakaka. Remaja sangat tau. Naif lagi time tu. Makin kita dewasa makin kita sedar bahawasanya sekadar sental muka hari-hari dengan pencuci muka sahaja, tak mencukupi. Ye la hari-hari duk berjemur ke sana sini , terdedah dengan sinaran UV, habuk, pencemaran dan macam-macam faktor makanya muka nampak lebih tua dari umur *sila menangis*. Itu belum campur dark circle bawah mata sebab tak cukup tidur gara-gara buat balik kerja ofis sampai ke rumah. Kan ? Lagipun normal la perempuan, sejenis makhluk yang mahu sentiasa nampak cantik dan kadang-kadang tak pernah puas hati kalau soal kecantikan ni. Kalau jumpa geng, tak sah kalau tak berkongsi tips dan korek rahsia dorang pakai produk apa. Haha. Aku sendiri tak terkecuali. Tak pernah bosan study pasal produk-produk supplement dekat internet dikala tak tahu nak buat apa kat rumah. Kosmetik tu lain cerita la. Orang kata, kalau boleh biarlah cantik walaupun tanpa mekap. Gitteww haaa. Haha.


Kalau sesapa yang dah kenal aku atau memang follow blog aku, rasanya korang tahu produk supplement apa yang aku amalkan. Tapi baru-baru ni aku diperkenalkan dengan satu produk supplement keluaran Skinsoul iaitu C-Jello Collagen Jelly Bar. Fikir banyak kali jugak aku nak try produk ni. Almaklum, macam-macam produk kat pasaran sekarang ni. Fikir punya fikir, study sesiket pasal produk ni end up aku decide untuk give it a try. Why not kan? Lagipun macam menarik je. So semalam aku start consume C-Jello ni. Kiranya aku nak jugak tahu keberkesanan produk ni. Makanya aku stop dulu supplement lain buat sementara ni dan consume hanya C-Jello ni je sebab nak tengok tahap keberkesanan dia. Omaigodd aku rasa tak percaya pulak bahawasanya aku sedang jadikan diri aku ni bahan eksperimen. Tapi pagi semalam lepas try satu sachet, terus aku macam "Eh, sedap pulak. Takpe la cuba jela ". Kehkeh, Nampak tak betapa aku senang dipengaruhi oleh rasa yang sedap.


Kat pasaran sekarang ni kalau korang perasan, mostly supplement adalah dalam bentuk minuman. Nak kena bancuh dulu baru boleh minum. Aku tahu, ramai yang tak suka sebab leceh nak kena bancuh bagai. Haha. Korang memang, nak cantik tapi nak yang mudah aje kan ? Kekeke. Maka bergembiralah korang sebab supplement C-Jello ni bukan dalam bentuk minuman. Dia dalam bentuk jelly. Senang teramatlah nak makan. Koyak sachet, pastu boleh terus makan. Macam makan jelly yang bebudak suka makan tu haa. Senang sangat. Nak lagi sedap taruk dalam peti ais. Feeling-feeling tengah makan ais jelly gitu. 


Kandungan utama C-Jello ni adalah collagen ikan laut dalam - German Fish Collagen. Ada banyak lagi la bahan lain. Memang panjang kalau aku nak explain satu persatu. C-Jello ni makan satu scahet sekali makan, 2 kali sehari. Maksimum boleh makan pun sampai 4 sachet je sehari. Takde pewarna tiruan, gluten-free, dairy-free dan egg-free. Satu bekas tu ada 15 sachet. Bekas besi dia tu cantik sangat, nanti aku nak buat simpan aksesori aku la *typical emak-emak sangat ni suka recycle guna balik barang, haha*.


Apa fungsi C-Jello ni? Haaa, sila teruskan pembacaan anda. Kehkeh!
  • Membantu sistem penghadaman
  • Menghilangkan bintik-bintik hitam & mencerahkan kulit
  • Menstabilkan lembapan kulit & meningkatkan tahap penghidratan kulit
  • Meningkatkan tahap imunisasi dan penghasilan tenaga
  • Melambatkan penuaan
  • Menghalang penghasilan melanin
  • Rendah kalori, kaya dengan nutrient dan vitamin
  • Menjadikan kulit tegang dan lebih muda
  • Menjadikan sendi & ligamen lebih kuat
  • Menyihatkan rambut & menguatkan kuku
  • Mengurangkan garis-garis dan kedutan
  • Kaya dengan peptide dan antioxidant, anti-carcinogen
  • Mengurangkan kehilangan kalsium
  • Meransang sintesis kolagen
  • Meningkatkan kesihatan secara menyeluruh

Rasa dia best, macam ada rasa melon gitu. Katanya satu sachet sekali makan. Tapi sebab sedap sangat , rasanya nak aje aku makan lebih dari satu sachet. Muahaha. Hari ni baru hari kedua aku consume benda alah ni. Aku nak try dulu untuk 2 minggu, nak tengok kesannya camne.


Nahhh, seram tak tengok muka togel aku? Tanpa mekap dan yang sewaktu dengannya. Hantu tengok pun mahunya rasa terkejut. Pucat je. Haha. Dengan eyebag nya toksah cerita la. Kita nantikan perubahan lepas 2 minggu nanti ye. After 2 weeks aku meng'eksperimen'kan diri aku dengan produk C-Jello collagen ni, aku akan ceritakan lagi kesan yang aku rasa.


Korang kalau rasa aku punya explanation ni macam tak lengkap, atau kalau korang rasa nak tahu lagi pasal produk C-Jello ni, boleh terjah dorang punya website :


Tuesday, August 4, 2015

Aidilfitri 2015

August 04, 2015 0
Aidilfitri 2015


Salam syawal buat semua! Macam mana dengan hari raya korang? Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk bertemu Ramadhan dan Syawal tahun ni. Moga tahun depan masih berkesempatan. *heh, tetiba rasa macam ayat aku kat entry kali ni a bit skema*. By the way raya tahun ni memandangkan aku ni still bujang, so of course la masih sambut hari raya bersama family kat Kelantan. Takde kampung lain dah, itu je kampungnya. Haha. Alhamdulillah adik-beradik aku pun semua beraya kat Kelantan tahun ni. Tapi gambar raya dengan family takde sangat la tahun ni. Malas nak ambik gambar, camera phone tak cantik *lulz salahkan camera pulak. Kalau dah malas tu mengaku ajelah haha*. Aku malas nak tangkap gambar sebenarnya. Phone pun campak merata je di hari raya. Kalau ada yang adik-beradik aku tangkap, maka adalah gambarnya. Kalau dorang pun malas nak tangkap, maka takde la. Tapi nampak gayanya tahun ni semua family member aku rilek-rilek je memasing tak berusaha untuk tangkap gambar. Kekeke.

Cikmie selfie with the kiddos


 How i wish to be a kid again



Bebudak je yang terlebih excited beraya. Yang dah tua-tua ni takdenya lah. Tunggu tetamu datang, pastu sibuk melayan tetamu. Anak-anak sedara aku ada 7 orang semuanya. Memang sah lah bising rumah time berkumpul reramai camni. Tapi pagi raya pertama yang tinggal hanya Danish, Aina, Zakuan dan Qaseh. Lagi 3 orang beraya rumah nenek dorang lagi satu. Kemain lagi syok bebudak ni pagi raya pergi kutip duit raya rumah jiran. Haha. Pastu yang lawaknya ada sekali tu bila aku pergi jenguk betul ke dorang ni pergi beraya rumah jiran, aku nampak si Danish ni dah dalam reban itik jiran aku. Muahaha, almaklum la kat Johor sana tak jumpa ayam itik semua ni. Balik kampung terlebih excited jumpa haiwan. Dia siap cakap lagi, "Danish suka duduk rumah tok ayah sebab ada banyak haiwan. Danish suka haiwan".

Raya ke tiga classmate aku masa sekolah rendah dulu, Suriana kawen. Rumah dia memang sekampung je dengan aku. So kitorang geng sekolah rendah ni duk pakat la dalam group whatsapp konon boleh reunion sekali kat kenduri tu nanti. Tapi berapa kerat je pun yang sempat jumpa haritu. Lama betul tak jumpa dorang ni. Dah dewasa sangat dah masing-masing.


Kamil, Asma, Rosni, Uya, Mira, Hilmie, Fiza, dan Nik Emy

Gambar-gambar kat wedding Suriana ni pun of course la bukan aku yang tangkap. Haha. Ambik dari kawan je :P


Sejujurnya bila dah dewasa ni, the only thing yang aku suka pasal hari raya adalah berkumpul dengan the whole family member. Yela, time ni la semua balik.  Memang la bila dah berkumpul ramai-ramai ni pelbagai ragam kita boleh tengok, especially keluarga besar macam keluarga aku ni. Haha. Macam-macam perangai ada. Tapi jauh di sudut hati tetap rasa happy dapat berkumpul ramai-ramai, bertukar cerita. Benda-benda lain aku tak kisah sangat. Baju raya pun aku beli sepasang je tahun ni, itu pun last minute beli. Kira buat syarat jela beli pun. Baju tahun lepas pun tak pakai sangat. Makanan? Of course aku suka makanan yang banyak. Tapi kadang-kadang bila dah banyak sangat depan mata, aku taktahu nak makan yang mana. 


Moga sempat dipertemukan dengan Ramadhan dan aidilfitri tahun hadapan. Moga aidilfitri tahun hadapan lebih meriah dan bermakna.


Thursday, July 9, 2015

Restoran Dulu Dan Kini @KLMUC

July 09, 2015 0
Restoran Dulu Dan Kini @KLMUC


Korang pernah dengar tentang Restoran Dulu Dan Kini @KLMUC tak? Unik betul nama restoran ni, kan? Hehe. Aku memula dengar nama restoran ni pun terdetik dalam hati bahawasanya nama restoran ni agak unik. Jadi tertanya-tanya apa yang specialnya dekat restoran ni. Actually Restoran Dulu Dan Kini @KLMUC ni merupakan restoran milik pihak Kolej Universiti Metropolitan Kuala Lumpur (KLMUC) yang baru memulakan operasi sejak 1 Jun 2015. Restoran yang terletak di tengah-tengah ibu kota di Kampus Putra, Wisma Sachdev ni merupakan usahasama antara kumpulan Cosmopoint dan Malai Food Industries. Walaupun restoran ni terletak di kampus KLMUC, tapi tetap dibuka untuk orang ramai juga. Bukan untuk pelajar KLMUC semata-mata. Bila dah jejakkan kaki ke restoran tu, barulah aku faham kenapa restoran ni dinamakan sebegitu. Restoran ni dinamakan Restoran Dulu Dan Kini @KLMUC bersempena suasana restoran itu sendiri yang dihiasi dekorasi klasik dan gambar-gambar lama berlatarbelakang di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur serta kepesatannya kini.


Restoran Dulu Dan Kini @KLMUC ni membawakan cita rasa Melayu tersendiri yang mampu mengingatkan kita kepada kebanggaan budaya Malaysia. Pelbagai juadah tradisi Melayu disediakan di restoran ini seperti Ubi Kayu bersama Sambal Ikan Tamban, Pengat Durian serta Asam Pedas Tulang Rawan Kacang Hijau. Selain daripada tu, ada banyak lagi menu lain. Hidangan-hidangan ni semua mencerminkan keindahan masakan Melayu yang mengagumkan.


Apa yang menariknya, restoran ini turut memberi peluang kepada para pelajar KLMUC sendiri untuk turut terlibat mengendalikan operasi restoran itu sebanyak 3 kali dalam seminggu. Idea yang sangat bagus bagi pandangan aku. Selain itu, Restoran Dulu Dan Kini @KLMUC ni turut menyediakan pentas untuk mengalu-alukan para pelajar mengadakan persembahan, tarian moden, tarian tradisional, persembahan muzik akustik dan lain-lain. Hal ini tidak lain tidak bukan bertujuan untuk mencerminkan inisiatif kepada 'Aplikasi Dunia Nyata'. Pentas ini juga dibuka untuk artis di KL yang berminat untuk menonjolkan bakat mereka. Kiranya sambil makan customer berpeluang dihiburkan dengan pelbagai persembahan. 

Aneka kuih muih tradisi Melayu 

Buah-buahan pun tersedia 

Restoran BDulu Dan Kini @KLMUC menghidangkan masakan tradisi Melayu dan menu ala carte dengan kadar harga serendah RM5. Untuk buffet Ramadhan pula, pakej yang ditawarkan adalah berharga RM48/pax.

Kambing panggang, Lidah panggang, Ayam Panggang dan beberapa jenis sos

 Pelbagai jenis kerabu


 Ulam-ulaman

 Sambal udang petai

 Sotong masak kicap

Tafu lembut kukus 

 Kari Ayam ubi Kentang

 Sayur Campur



 






Untuk tempahan boleh hubungi
016-6806994 / 016-2502073 / 012-4238120