Trip ke Sabah July 2018 - Hari Pertama, Kundasang - emilinda

Sunday, April 21, 2019

Trip ke Sabah July 2018 - Hari Pertama, Kundasang

Kisah kali ni agak basi dah, tapi nak cerita jugak. Hihi. Sekitar penghujung Julai 2018, saya dan dua orang lagi kawan baik saya (Nad & Wahida) ke Sabah untuk percutian singkat 5 hari 4 malam. Tiket dibeli seawal November 2017 lagi. Tak pasti pulak masa tu tengah sale ke atau saja-saja nak beli. Planning awal pergi berempat, tapi last minute lepas dah beli tiket Yana tak dapat join sebab tarikh kitorang ke Sabah tu dah dekat sangat dengan tarikh wedding dia. So kitorang proceed travel bertiga. Memandangkan Wahida dari utara, so kos flight dia agak lebih berbanding kitorang yang memang dah kat KL ni.

Harga tiket flight Air Asia
Kuala Lumpur – Kota Kinabalu 4pax = RM676.28 = RM169.07/pax
Kota Kinabalu – Tawau 4pax = RM242.64 = RM60.66/pax
Tawau – Kuala Lumpur 3pax  = RM538.27 = RM179.42/pax
Tawau – Penang 1pax = RM275.83

Total kos tiket penerbangan untuk seorang (dari KL) = RM409.15

Note: Kos termasuk add on 1 luggage untuk trip balik, in case tershopping pulak nanti. Hehe. Seorang je ambil luggage, lepastu pandai-pandai la combine barang semua orang.

Hari Pertama – 26 July 2018
Perancangan kitorang, 1 malam di Kundasang, 1 malam di KK, 2 malam di Tawau. Hahaha, agak pack jugak lah itinerary kitorang ni. Main hentam aje. Korang kalau nak buat trip, seeloknya jangan tamak nak cover semua tempat dalam masa yang singkat. Elok lagi kalau focus dekat satu tempat aje. Kitorang ni sekali pergi terus nak cover KK dan Tawau sekali, hahah. Tamak, nasib baik semua muda bertenaga lagi. Chewahhh! So tiket flight kitorang dari KL – KK seawal 6.25 pagi. Kitorang decide nak ke KLIA2 malam sebelumnya. Kira bermalam di KLIA2 la. Kebetulan pulak malam sebelumnya tu kitorang buat ala-ala mini bridal party gitu untuk Yana, kat rumah Nad. So lepas dah setel semua, Yana & tunang dia (now husband) tolong hantar kitorang ke KLIA2.

Kat airport

Sampai kat KK sekitar 9 pagi, kitorang just freshen up dekat surau airport aje. Lepastu breakfast dekat KFC dulu sementara tunggu kereta sewa yang kitorang sewa tu sampai. Lupa dah kereta apa yang kitorang sewa. Kalau tak silap, RM100 sehari. Tapi sebab kitorang sewa selama 2 hari, so dia bagi diskaun sikit. Jadi RM180 untuk 2 hari. Lepas dah dapat kereta tu, kitorang terus gerak ke Kundasang.

Kos kereta sewa 2 hari (contact no : +60 12-819 5458)  = RM180



Pemandangan dari Sabah Tea Garden

Lokasi pertama yang kitorang pergi kat Kundasang adalah Tagal, Sg Moroli . Korang boleh baca lebih lanjut tentang kunjungan kitorang ke Tagal Sg Moroli ni di SINI. Lepas tu masing-masing dah lapar, so kitorang singgah makan di Sabah Tea Garden. Saya makan nasi + telur dadar + tom yam + air tembikai , total RM27.80 . Okaylah, rasanya biasa sahaja. What do you expect? Datang Sabah cari tomyam, hmmm haha. Hantu tomyam betul!




Lepas dah setel makan, kitorang terus gerak ke Kiram’s Village, di Mesilau Kundasang. Untuk penginapan malam pertama ni, kitorang menginap di Kiram’s Village. Memang dah booking awal-awal. Cantikkk, dah la sejuk kemain lagi haaa. Korang boleh baca kat SINI untuk pengalaman kitorang menginap di Kiram’s Village.


***********************

Artikel berkaitan trip ini :

19 comments:

  1. bestnya emi pergi kundasang. please up next entri trip pergi sini.. teringin nak explore negeri sabah nie..

    ReplyDelete
  2. seronok kundasang ni lama tak p sbb rege tiket tu yg takleh nak nego..kalau murah p selalu nih

    ReplyDelete
  3. Pernah smp juga kundasang.. Tp lama dh.. Xsilap dlm 2003 mcmtu. .Masa tu ada tournament netball company kt KK lps dh abis game.. Kami dibawa jln2.. Seronok

    ReplyDelete
  4. Bestnya dia dah bercuti kat Sabah. Akak belum sampai lagi .Tapi memang dah plan nak pergi bercuti ke Sabah tahun depan. Teringin ank pergi sana sebab pemandangan cantik cantik

    ReplyDelete
  5. Eh murahnya tiket die? apasal kite pergi ke Kk smp 300 sorang. heh. Btw rindu nak ke kundasang lg. Pusing2 pekan KK. Makan seafood. Harap oneday dpt kesana lgi.Rinduuu

    ReplyDelete
  6. Dah lama tak ke Sabah rindunya nak pergi Kundasang awak buat kita rasa macam nak terbang lagi tahun ni hehehehe nak duduk tempat yang sejuk dan tenang macam ni beestnya....

    ReplyDelete
  7. bestnya bercuti ke sabah. teringin nak pgi sabah dri dulu lagi. tapi tk pernah nk dapat pgi sbb bnyk kekangan. best tgok kwn2 pegi sabah. in shaa Allah suatu hari nnti ;)

    ReplyDelete
  8. Bestnya kalau dapat bercuti dengan kengkawan macam ni. Then boleh xplore tempat tu sama2 cam tinggalkan kenangan manis utk dikenang bila masing2 dah ada keluarga sendiri

    ReplyDelete
  9. Rindunya nak gg kundasang lagi.. dah 2 kali pergi tapi still xpuas nak stay dkt situ. Igt tahun 2014 pergi harga ticket ke KK baru 150 seorang.. tu terus booking.. family in law pun follow sama.. mmg happening dekat sana..

    ReplyDelete
  10. Bila baca entri emi nie, teringat zaman2 pergi kundasang dulu. Rindunya nk pergi sabah lg. Mmg satu tmpt yg menarik utk dilawati. Mcm2 kita boleh explore. Best dan sejuk. Mcm kt negara omputih

    ReplyDelete
  11. Best nya! Kita belum pernah sampai Kundasang. Seronok tengok! Wish satu hari nanti nak bawak family ke sini. Suka suasananya yg nyaman . Thanks share info

    ReplyDelete
  12. Kundasang memang menarik, cantik dan sejuk. Alhamdulilah pernah sampai ngan family and rerakan. Macam nak ulangtayang pun ada gak nie. Haha

    ReplyDelete
  13. adoiiiiiii! RIndu kundasang la gini emi. Onie pegi ritu dapat RM200 tiket flight, puas hati gila. Kenapa la mahal nauuuuuu kan tiket ke Sabah ni, kalau murah dah lama p sokmo,hehe

    ReplyDelete
  14. Teringin nak pergi Kundasang.Sabah tak pernah jejak kaki ke sana lagi. Mana tahu dapat tiket murah nak juga ke sana jalan2. Nak teroka dalam Malaysia juga

    ReplyDelete
  15. Saya tak pernah pergi ke sabah lagi. Selepas baca entri ni, terasa lar saya nak pergi ke sana. Memang cantik lar tempat ni.

    ReplyDelete
  16. rindu sabah , best pergi Kundasang sebab cuaca dia sejuk , buah2an dia sedap dan rare ...ada rezeki memang nak jejak lagi ke sana

    ReplyDelete
  17. Bestnya pi Sabah.. ada macam-macam tempat boleh dilawati kan.. pemandangan kat sana pun cantik-cantik.. beruntungnya emi dah sampai ke sabah

    ReplyDelete
  18. Nice! i memang suka kundasang tempat tu nyaman jer and the lock heart place is so romantik kalau pergi with love ones kan.

    ReplyDelete
  19. Kak dah rindu nk gi Sabah, dulu keja di Sabah, Kem Lok Kawi dari thn ,1981-1985 tkr KL blk sampai sekarang dah tak lg ke sana,mungkin kak akan ke sana lg sbb ada kwn disana

    ReplyDelete

Kindly leave your comment/feedback here.