Masakan Thai di Mr Tuk Tuk, NU Sentral - emilinda

Friday, March 15, 2019

Masakan Thai di Mr Tuk Tuk, NU Sentral

Assalamualaikum korang! Hari ni saja la nak share tentang satu kedai makanan Thailand di NU Sentral. Actually this is my second time makan dekat Mr Tuk Tuk di NU Sentral ni. I am not sure kat mana lagi ada outlet Mr Tuk Tuk selain kat NU Sentral ni. Memandangkan saya kerap ke NU Sentral, so I give it a try few months ago. That was my first time dining here. And the recent one is on my previous birthday. You know, tom yam is one of my ultimate favorite. Tom yam ayam + nasi putih + telur dadar, that is more than enough to boost up my appetite.

So I’m gonna show you apa yang saya order baru-baru ni di Mr Tuk Tuk.

Tom Yam Ayam – RM9.80

Looking at the price, memang rasa macam alamak that is too pricey for a bowl of tom yam. Kalau makan kat kedai siam tepi jalan, baru berapa ringgit kan? By the way, tom yam dekat sini is a bit different from my preferred tom yam. Tom yam kat sini ada letak santan. Saya lebih suka tom yam yang tak ada santan. But still, rasa tom yam kat Mr Tuk Tuk ni sedap je. Kuantiti pun taklah kedekut, banyak ayam & cendawan. Next time saya makan kat sini, I will order this again hahah *hantu tom yam detected!*

Omelette with Onion / Telur dadar – 10.80

I am seriously can’t brain the price! Harga telur dadar lebih mahal berbanding tom yam. Terus rasa macam nak bawak telur dadar yang dah siap goreng dari rumah, kahkah. Tapi takleh nak cakap apa lah, sape suruh nak makan masakan thai dekat mall, kan? Saiz telur dadar dia besar, memang portion untuk 2 orang makan. Sos hijau yang dia bagi tu rasanya pedas-pedas masam.

Oh by the way, harga untuk satu pinggan nasi putih ialah RM2.

Menu Set: Pandan Chicken + Thai Mango Salad + Crispy Fish Fillet with Thai sauce + rice - RM18.80

My partner ordered this set. Kalau makan yang set macam ni okay lah, consider murah sebab harganya termasuk minuman. Minuman tak boleh pilih untuk set ni, sebab dia memang akan bagi drink of the day. Minuman yang kitorang dapat untuk set ni adalah jus mangga. Nasi saya tak try. Tapi saya sempat cuba ayam pandan & crispy fish fillet tu. Both not bad, but the crispy fish fillet with thai sauce doesn’t go well with my nasi putih and tom yam, haha.

Close up sikit nasi

Ayam pandan

Crispy fish fillet with Thai sauce

Thai Mango salad

Thai Ice Blended Coffee – RM8.80

Pendapat Jujur Saya Setelah 2 kali Makan di Mr Tuk Tuk, NU Sentral :

A bit overprice for Thai food kecuali kalau ambil menu yang set (since we can get a lot cheaper price at other place), tapi memandangkan lokasi dia kat mall, acceptable la. Secara personal saya rasa kedai ni agak crowded. Susunan meja dan kerusi memang dekat-dekat. Saiz meja pun agak kecil untuk 2 orang makan. I mean, it can barely fit our foods. Padahal order makanan tak banyak sangat pun, but because ruang sempit dan saiz meja pun sempit, memang muat-muat jela. Ada je meja yang lebih besar untuk muat lebih ramai. Tapi disebabkan kami berdua sahaja, so logiknya duduk meja yang allocation untuk 2 orang la. They have a lot of staff yang akan immediately greet and assist us sepanjang kita kat kedai tu. Their staff memang friendly. But, I’m a bit upset sebab servis dia lambat. Lama jugak la nak tunggu makanan sampai. Can you imagine all the lauk pauk is already there but the rice is not there. Lama betul nak tunggu dia bawak keluar nasi. Lauk pun dah makin sejuk. After that need to wait for drinks some more, haha. Minuman pun dia bawak keluar satu persatu. Lambat, that’s all I can say about the service. Padahal staff dia ramai je masa tu, customer pun takdelah ramai sangat masa kitorang order.


Lepas ni saya akan makan kat Mr Tuk Tuk lagi tak? Yesss, I’m gonna try the other menu pulak. I really hope they will improve their service.

12 comments:

  1. Telur dadar dia omg sangat harga.. adeh

    ReplyDelete
  2. woww.. ayam pandan dia tu buat TB rasa terliur nak rasa.. Thai mango salad tu pulak nampak sedap di mata TB .. hahaha.. tak pernah makan tapi dah tau memang sedap! dekat Nu Sentral yea.. boleh lah try makan kat sini nanti

    ReplyDelete
  3. Rawlins nak try yang set tu - memang sejenis penggemar makanan Thailand. Harapnya next time pergi takde la lambat servis nya kan.

    ReplyDelete
  4. Hahah..tapi set dia ok wak tak la mahal cuma rege telur tu cam better bawak telur dadar dari rumah hahhahah

    ReplyDelete
  5. Kak ana pula suka tomyam yg bersantan tu sebab ada rasa lemak2 pedas. Tapi bab telur tu memang serius mahal. Terkejut tgk.

    ReplyDelete
  6. terliur nya tengok gambar hahaha

    ReplyDelete
  7. Ya allah dappnya !! Tak pernah cuba lagi makan di restoran tuk tuk nie. Selalu nampak ramai betul yg drg. Nanti nk cuba jugaklah. Lambat tu biasalah sbb ramai org kan Emi

    ReplyDelete
  8. Tak pernah smp lagi mr tuk tuk tu.. tgk makanan dia mcm sedap.. pedas masam tu mmg kena la dgn citarasa liez. Duk lalu je tapi xsempat nak singgah.. sbb kena tgg mood atau dtg selera nak mkn makanan thai hihi

    ReplyDelete
  9. Sally prefer makan kat Boat Noodle atau Absolute Thai tuu... Sbb harga kat Mr Tuk Tuk mmg mahal selalu

    ReplyDelete
  10. Tengok harga telur dadar tu banyak kali. Betul ke harga dia tu.
    Macam boleh beli sepapan telur je. Haha
    Ayam pandan tu mcm blh terbau bau je macam mana..
    Sedapnya.. Dulu masa kecik kecik selalu makan..

    ReplyDelete
  11. Terliur tgk thai mango salad tu.. Ayam pandan tu balut dgn apa tu..semua hidangan betul2 menyelerakan

    ReplyDelete
  12. Nampak sedap tapi harga tu Mahal sikit. Nnti singgah nak try jugak

    ReplyDelete

Kindly leave your comment/feedback here.