Juadah IndoMie di IndoBowl Cafe, Lake Fields Sungai Besi - emilinda

Sunday, December 2, 2018

Juadah IndoMie di IndoBowl Cafe, Lake Fields Sungai Besi

Mi segera sememangnya sinonim untuk kita semua, lebih-lebih lagi ketika bergelar seorang pelajar. Almaklum, nak jimat makan mi segera je. Nama pun pelajar, bukan ada pendapatan tetap. Sumber kewangan samada ibu ayah, atau duit pinjaman/biasiswa. Makanya, salah satu langkah penjimatan adalah buat simpanan stok mi seger. Haha. Mi segera jenama apa je yang saya tak pernah cuba. Boleh dikatakan semua jenama dah cuba ketika tinggal kat asrama dulu. Zaman dah bekerja ni pun sekali-sekala rindu nak makan mi segera. Salah satu jenama mi segera yang menjadi pilihan saya ialah IndoMie. Paling suka mi goreng IndoMie, best! Rasanya korang pun mesti ada yang gemar makan IndoMie kan?


Kalau korang nak tahu, kat Malaysia ni dah ada beberapa cawangan restoran yang menyediakan makanan berasaskan mi segera IndoMie. Restoran yang diberi nama IndoBowl ini menyediakan pelbagai menu masakan yang memang berasaskan produk IndoMie. Saya dah lama tahu akan kewujudan restoran IndoBowl ini kerana salah satu cawangan restoran IndoBowl terletak berhampiran rumah abang saya. Setiap kali saya ke rumah abang saya di Sungai Besi, memang lalu depan restoran IndoBowl ni, tapi tak berkesempatan nak merasai sendiri menu masakan kat situ. Asyik rushing je tak sempat nak singgah. Kakak saya sendiri pun selalu lunch di IndoBowl memandangkan ianya berdekatan dengan lokasi pejabat kakak saya. Stress pulak saya bila dia asyik cerita tentang keenakan masakan kat situ. Katanya sambal yang dihidangkan bersama menu-menu kat situ sedap, memang wajib cuba.


Mula-mula sampai tak ramai orang pun, dah nak balik eh ramai pulak

Akhirnya semalam saya berkesempatan makan di restoran IndoBowl cawangan Sungai Besi. Setel urusan cari barang sikit, terus lajak ke sana semata-mata nak lunch di IndoBowl. Gigih kan? Haha. Nampak je IndoBowl depan mata, tersenyum sampai ke telinga, hahahah. Memang dah aim dari awal lagi nak cuba beberapa menu. Nampak tak, sebelum datang saya dah google sesiap menu apa yang ada kat situ. Tak nak sembang panjang sangat, korang layankan gambar-gambar kat bawah.



IndoMie Ayam Madura – RM12



IndoMie yang dihidangkan bersama ayam grill style Madura, berserta campuran sos istimewa .

IndoMie Dendeng/Ayam Balado  - RM10


Jika korang gemarkan ayam, boleh order IndoMie Ayam Balado. Jika sukakan daging, order je IndoMie Dendeng Balado. Sama je, yang membezakan hanya ayam dan daging.

IndoMie Iga – RM18 




IndoMie Salted Egg Chicken – RM11.90



Sejenis penggemar apa sahaja masakan yang dimasak bersama telur masin, memang ini la menu kegemaran saya. Hehe. Sedap betul, teringat-ingat salted egg chicken kat sini.

Apa yang bestnya, setiap hidangan disediakan bersama sambal yang memang kaw lah tahap kepedasannya. Bagi sesiapa yang suka makan nasi ayam penyet, mesti korang suka sambal kat sini. Memang sedap macam sambal nasi ayam penyet. Selain mi, ada juga disediakan nasi.

Nasi Goreng Giler – RM29.90



Nasi goreng ni portion dia memang besar. Serious saya makan sorang memang tak habis. Kena makan berdua atau bertiga baru ngam. Nasi goreng ni dihidangkan bersama sate, ayam, daging kambing, telur goreng, dan sotong celup tepung.

Mumbo Jumbo Seafood Soto – RM39.90



Yang ni memang portion untuk 2-4 orang makan. Macam-macam jenis seafood dia letak dalam ni. Ayam pun ada diletakkan jugak. Kuah berperisa soto. Termenung jugak la kitorang nak habiskan. Almaklum, sebelum tu dah tibai menu-menu lain kat atas tu, haha. Perut masing-masing dah penuh waktu ni. Kenyang teramat.


Last but not least, kitorang sempat cuba pencuci mulut yang diberi nama Ropang. Ropang ni singkatan kepada Roti Panggang. Ada 2 jenis flavour, iaitu Coklat dan Keju. Harga setiap satu adalah RM5.90 sahaja. Kalau dah kenyang tu, order satu dah cukup untuk pencuci mulut. Boleh kongsi-kongsi.


Pendapat jujur dari saya, saya memang suka menu yang bergoreng tu. Lebih terasa kesedapan sebab adanya sambal yang pedas. Memang bestlah. Tapi untuk Mumbo Jumbo Seafood Soto, saya makan sikit sahaja. I am not really a soto lover. Lagi pulak memang dah kenyang masa tu. Kalau makan beramai-ramai bersama family memang berbaloi, sebab boleh kongsi-kongsi. So boleh merasa semua jenis menu, hiks! As for Nasi Goreng Giler, nasi goreng dia sedap, dan saya suka kombinasi lauk pauk yang dihidangkan bersama. Makan berdua memang cukup mengenyangkan kalau tak order menu tambahan lain pun. Lepas dah cuba untuk kali pertama ni, adakah kemungkinan untuk saya ke sini lagi? Yes, saya akan repeat lagi lain kali. Harga pun memang berpatutan.

IndoBowl Cafe Lake Fields
72 Jalan Tasik Utama 7, Lake Fields, Sg Besi 57000 Kuala Lumpur
Dibuka setiap hari dari 11:00 pagi –11:00 malam
Tel : 019-542 6869


Note : Selain  kat Sungai Besi, ada satu lagi cawangan IndoBowl, iaitu di USJ.

19 comments:

  1. Liez dah makan indobowl dan liez suka salted egg noodle tuuu.. serius kena dgn tekak sbb ada sambal.. tak lupa gak satay dia... yum yum yumm

    ReplyDelete
  2. Amni dah makan ayam madura tu
    Memang sedap gile makanan2 dia
    Cuma diharapkan nnti Indie buat kids meal pulak
    Sbb syg la bawak anak2 tapi xsemua menu anak2 boleh telan heheheh.
    So hopefully indomie boleh wujudkan kids meal nnti hehehe

    ReplyDelete
  3. memang sedap sangat hidangan-hidangan dekat indobowl nie Emi. pernah datang dengan kawan2 ke sana. dorg pon suka menu2 di indobowl. Surprisingly dengan mee goreng segera boleh diolah utk pelbagai jenis masakan. sgt kreatif dan sedap. nak kena repeat lagi nie

    ReplyDelete
  4. Selalu dok tengok orang share je makanan dekat Indobowl ni. Salah satu mi segera favourite Nad ni heheh. Ropang tu nampak macam sedap lah Emi! Teringin sangat nak rasa yang tu hahaha.

    ReplyDelete
  5. dah pergi aritu! alahai sedap betul rasanya! rasa nak repeat lagi je. suka dia punya yang butter tu. sedap betul! tapi nasi goreng tu kite rasa tawar sikit. kena improvise sikit lagi better rasa dia heheh. overall memang tiptop!

    ReplyDelete
  6. Dalam banyak-banyak tu kak ana suka yang indomie salted egg chicken tu. Serius sedap sangat. No wonder boleh jadi favorite menu pelanggan. Kalau nak soupy boleh tRy MumbO Jumbo. Pun sedap juga. Kenyang sakan lepas tu

    ReplyDelete
  7. Wah.. Meriah menu dia ye. Kita tak pernah makan kat restoran gitu. Tapi kalau tengah perut lapar, tergoda jugak la tengok menu tu semua.

    ReplyDelete
  8. Ya Allah paling sedap IndoBowl Mumbo Jumbo Seafood Soto tu memang kita kalau makan seorang tak boleh nak habis hehehehe semua ada dalam tu kenyang makan seorang. Tak sangka dari mee segera ini boleh buat macam-macam jenis makanan yang lebih menarik... Kita dah pernah cuba makan kat sini..

    ReplyDelete
  9. Lamanye tak makan indomie yang sedap ni. Tengok menu they all memang slurp...creative betul they all come out with this cafe.

    ReplyDelete
  10. Jenama Indomie memang lejen..biasanya buat sendiri tak sedap sgt, kena mapley buat baru terasaaaa hahaha..tp menu kt indomie kafe ni lain macam sedapnya tu..

    ReplyDelete
  11. Rindunya nak makan indobowl. Rindu sambal die. Sedap. Memang nk kene repeat lg ni. Paling fav salted egg chicken tu. hehehe

    ReplyDelete
  12. ramai dah org review tempat makan ni. semuanya kata sedap dan tak puas hati. kreatif juga cara penyediaan hidangannya..lain daripada yang lain

    ReplyDelete
  13. I have been there when they first open. nice food right. ah they have new menu and more food to offer now. maybe it's time for me to go back for more.

    ReplyDelete
  14. The price is pretty affordable, I haven had indo mee for the longest time ever, think the last time was from my collage days. I will give this a try!

    ReplyDelete
  15. ya ampun, malam-malam tengok entry ni..terus rasa nak pergi je kedai tu..indomie makanan dia memnag menyelerakan..nad belum pernha cuba lagi rasa nak cuba juga..siap ada nasi erk..air bandung tu menggugat betul..ahhaa..

    ReplyDelete
  16. Dok baca pasal Indobowl nie buat Rawlins makin terkenang-kenang plak. Tak sabar nak menerjah lokasi dengan rerakan. Sedapnya la juadah tu semua

    ReplyDelete
  17. Aduii jadi lapar bila tengok indobowl ayam telur asin tu. Dah la my favorite. Bila la nak pi sana. Hahaha. Rasa nak pi weekend ni je. Hehe

    ReplyDelete
  18. Hmmm...sedapnya..inedible menu dia semuanya sedap Bella,klu mkn 2 org pun tak habis

    ReplyDelete
  19. Aduiii.. Geram betul la tengok indomie dengan ayam berlado tu... Aduiii. Pedih perut den ni haaa... Sedapnya dik uii

    ReplyDelete

Kindly leave your comment/feedback here.