Review Filem Operasi X - Filem Aksi Yang Santai - emilinda

Thursday, November 8, 2018

Review Filem Operasi X - Filem Aksi Yang Santai

Semalam lepas kerja, saya ke Mid Valley untuk menonton filem Operasi X di panggung wayang. Gigih kan pergi tengok wayang hari bekerja? Haha. Awalnya saya fikir kalau saya pergi hari bekerja mesti tak ramai sangat orang macam hari minggu. Tapi eh, jangkaan saya meleset sama sekali. Penuh jugak 1 hall untuk filem Operasi X The Movie tu. Nasib baik awal-awal lagi saya dah beli tiket secara online, kalau tak mesti dapat seat yang tak best.


Kalau korang ingat la, hari tu saya ada kongsikan trailer filem Operasi X ni kat blog saya, dan ada saya utarakan keterujaan saya untuk menonton filem ini. Ikutkan hati hari pertama keluar kat panggung wayang dah nak pergi tengok. Tapi waktu tu saya masih kat kampung. Pagi semalam baru sampai KL, terus booking tiket untuk tengok filem Operasi X ni.


Filem Operasi X ini berkisar tentang ASP Redzuan (lakonan Dato’ Aaron Aziz), seorang anggota polis yang hampir meninggalkan dunia siasatan jenayah setelah menyaksikan sendiri kematian sahabat baiknya, Inspektor Aman (lakonan Hairi Safwan). Memutuskan untuk membawa diri ke sebuah pulau yang tidak diketahui, ASP Redzuan turut menyembunyikan identitinya dari warga setempat. Disaat ASP Redzuan mula jatuh cinta akan keindahan dan ketenangan hidup di pulau, ASP Redzuan mendapat kunjungan mengejut dari Dato’ Mokhtar (lakonan Datuk Yusof Haslam) dan DSP Anwar (lakonan Rahhim Omar). Kunjungan itu bertujuan untuk membawa ASP Redzuan kembali ke dunia siasatan jenayah. Pada awalnya ASP Redzuan berkeras untuk terus tinggal di pulau, tetapi akhirnya mengubah fikiran demi membongkar siapakah dalang disebalik kematian Inspektor Aman. Disertai 4 orang ahli operasi yang memiliki kepakaran masing-masing, mereka memulakan operasi yang diberi nama Operasi X. Operasi X bertujuan untuk menumpaskan Geng Belut (lakonan Dato’ Awie), sindiket penyeludupan yang semakin berleluasa di rantau ini.



Lepas tengok trailer filem Operasi X, saya jangkakan watak Belut yang dibawa oleh Awie adalah watak yang serius dan kejam. Yela, watak ketua gangster kot! Memang teruja la nak tengok Awie bawa watak antagonis. Selalu asyik tengok Awie bawa watak jiwang dan komedi je. First impression bila tengok penampilan watak Belut ni, saya terbayang watak Kim Bong-Gu / John Mayer dalam drama korea The King 2 Hearts. So dalam bayangan saya, watak Belut ni merupakan ketua gangster yang pendek bulat, kejam, kesunyian, hati kering, psiko dan annoying. Tapi, rupa-rupanya watak Belut ni adalah ketua gangster yang dalam hati ada taman gitteww, haha. Hatinya mudah tersentuh dan sangat sentimental, tak macam gangster-gangster lain. Tak kering gusi sepanjang dalam wayang duk tengok scene kelakar spontan si Belut ni. Almaklum, kita dah terbiasa tengok Awie bawa watak kelakar. So bila dia bawak watak acah-acah serius macam ni pun, kelakarnya tu tetap ada. Asal keluar je scene Belut, memang satu hall bantai gelak! Dalam kelakar tu ada jugak scene serius. Contohnya scene Belut marah sangat sampai pecahkan gitar, terkesima orang kanan dia dibuatnya.



Untuk watak ASP Redzuan pulak, rasanya Aaron Aziz dah biasa bawa watak macam ni. Karakter polis yang komited dengan kerja, dan malu-malu kucing tak reti mengorat. Masa kat pulau tu si ASP Redzuan ni dah terjatuh cinta dekat Cikgu Ayu (lakonan Hanna Aqeela). Alahai, nak mengorat pun malu-malu kucing hahaha. Pastu time nak propose Cikgu Ayu, siap bagi pickup line sambil buat muka comel.


Watak-watak lain tu semua ada peranan masing-masing. Watak Bashah (lakonan Nasir Bilal Khan) dan Lady Lion (lakonan Rafizah Shima) sebagai orang kuat Belut, masing-masing ada kekuatan masing-masing dalam membawa watak. Selalu duk tengok Nasir Bilal Khan bawa watak orang tua yang warak (watak Pak Adi dalam Tanah Kubur), tapi alih-alih dalam filem Operasi X ni dia jadi orang jahat pulak. Terkezutttt kita, hahah. 4 orang ahli operasi iaitu Janggut si hacker (lakonan GBob), Nash pakar penyamar (lakonan Nashra ), Pablo yang hebat bertarung (lakonan Hairul Azreen), dan Ali Mat pemandu handalan (lakonan Hefny Sahad). Watak diorang berempat ni nampak je macam sekadar watak sampingan, tapi watak masing-masing diketengahkan dengan baik menerusi beberapa scene. Dialog diorang pun pesen sempoi dan kelakar yang spontan.



Eh tapi saya suka betul dengan elemen kasih sayang yang ditunjukkan dalam cerita ni. Bukan kasih sayang dengan pasangan bagai tu. Tapi elemen kasih sayang antara Belut dan adik dia, Mat Bong (lakonan Amerul Affendi). Nampak tau betapa sayangnya si Belut dekat adik dia tu. Dia punya sedih bila dapat tau adik dia dah mati, haishhh. Waktu Belut dapat tahu siapa sebenarnya yang bunuh adik dia Mat Bong, real betul nampak Belut punya rasa terkilan dan marah tu.  Amerul Affendi tu sesuai betul dia kalau bawak watak macam ni - kaki gangster, mat dadah, kaki perempuan (senang cerita, watak yang macam takde masa depan). Walaupun dia selalu bawa watak sampingan je, tapi memang suka gila tengok setiap lakonan dia. Nampak kesungguhan dia dalam menjayakan watak. Selain kasih sayang antara Belut dan Mat Bong, kita boleh lihat nilai persahabatan melalui keakraban ASP Redzuan dan kawan baiknya Inspektor Aman. Sedih gila scene Inspektor Aman mati kena tembak tu. Tak dapat terima hakikat dan rasa bersalah atas kematian kawan baik dia, sampai nak berhenti dari jadi polis. Lepastu siap flashback kegembiraan mereka waktu Inspektor Aman baru kahwin lagi. Isk, mata masuk habuk kejap.


Operasi X The Movie ni secara amnya merupakan filem aksi. Jadi memang ada la scene yang memaparkan babak aksi tembak menembak, pertempuran bagai tu. Memang teruja tengok babak aksi yang dibawa. Babak aksi yang diketengahkan tak keterlaluan pun, so sesuai juga untuk tontonan kanak-kanak. Lagi pulak ada watak Dato’ Yusof Haslam sebagai ketua polis, terus fefeeling tengok Gerak Khas, hehehe. Konflik kematian Mat Bong tu la yang memarakkan rasa marah Belut terhadap polis. Nak tahu siapa sebenarnya yang bunuh Mat Bong, korang kena tengok sendiri la. Kang tak pepasal saya kena marah sebab banyak sangat kasi spoiler, haha.


Nak kata filem Operasi X ni perfect tu tak la. Pada saya, ada aspek yang masih boleh diperbaiki untuk filem seterusnya. Contohnya dari segi CGI, ada la beberapa babak yang CGInya nampak kurang real. Tapi tak semua la, hanya beberapa. Salah satunya babak ketika lori meletup dan terbakar tu, Nampak kurang real. Selain tu, dari segi kawalan bunyi. Ada ketikanya sound macam terlebih kuat untuk beberapa scene. Selebihnya saya rasa filem ni secara keseluruhannya not bad. Memang syok layan bersama keluarga atau rakan-rakan. Tak kering gusi weyh, tapi takdela dorang buat lawak bodoh yang entah pape dan dibuat-buat. Elemen kelakar yang dibawa dalam filem ni semuanya nampak bersahaja dan spontan.



Konklusinya, saya bagi 4/5 bintang untuk filem Operasi X. Jalan ceritanya bagus dan tak terlalu berselirat, ada pengajaran tersendiri. Jalan cerita dia tak slow macam sesetengah filem. Walaupun sarat dengan pengajaran, tapi filem ni tak terlalu berat untuk ditonton. Tak memerlukan korang berfikir pun. Just enjoy the show, sebab baru je nak sedih nak serius kejap-kejap kang confirm ada scene yang buat korang gelak tiba-tiba. Thumbs up untuk pemilihan pelakon bagi filem Operasi X ni. Barisan pelakonnya semua bagus-bagus! In fact, barisan pelakon ni la yang buat saya rasa nak tengok filem ni at the first place. Ternyata tak membazir duit saya beli tiket tengok filem ni. Berbaloi untuk tontonan! Saya sarankan korang pergi tengok sendiri filem ni di panggung wayang terdekat bersama keluarga masing-masing. Tak payah nak stress dengan kerja sangat, sesekali ajak keluarga / pasangan / kawan-kawan bersantai tengok filem macam ni pun bagus. Boleh release stress sekejap.

Saya sudah. Korang bila lagi?

28 comments:

  1. eh...hahaha...best kan cite ni yg penting bila tgk harus kena santai dan jgn jadi judmental!

    ReplyDelete
  2. bestlah genre filem macam ni. wahh ade Awie.

    ReplyDelete
  3. Nak pergi tengok tp tempat zaza wayang jauh sgt.. Kenderaan pun tak ada.. Tp baca jalan cite best..

    ReplyDelete
  4. Hahaha best kan. Tak leh belah mimik muka bashah, confuse kadang2 tu hahaha

    ReplyDelete
  5. Zira pun dah tengok, best cerita ni tapi boleh agak yang bunuh org terdekat juga

    ReplyDelete
  6. Cam mana tu awie ketua gangster leh jd hati ada taman tu adoii belum tgok dah gelak ni haha

    ReplyDelete
  7. Waaa... Mmg best cerita ni Kan x rugi tgk kt pawagam

    ReplyDelete
  8. Peegh aaron aziz.. Feveret aktor.. Hehee.. Mesti banyak aksi ni.. Wahblakonan awie kelakr erk.. Macam beat je.. Pelakon pun best2

    ReplyDelete
  9. Oo hairul azreen pon ada ke, dia sekarang makin banyak pulak berlakon filem aksi. Tapi iday nak tengok filen ni sebab ada awie je. Hehehe

    ReplyDelete
  10. Dah tgk trailler dia..nmpk mcm best sbb ade awie & aaron aziz.. Ehh ada laki si hanis zalikha tu ke.. Ni nk tgk ni nnti..

    ReplyDelete
  11. Best kan cerita ni, saya pun suka elemen family yang ditonjolkan. Rasa sebak gitu hehe

    ReplyDelete
  12. Nmpk menarik. Tapi ntah bila la dapat tengok full story nya.

    ReplyDelete
  13. Wahhh pelakon hebat2. Tapi ntah bila ntah nak gi tengok wayang. Huhu.

    ReplyDelete
  14. Aish jadi tak sabar nak pi tengok. Sebab Aaron Aziz tu. Hahaha. Nanti nak pi tengok Filem Operasi X. Tiket awal pagi murah tau. Bleh tengok sabtu ni. Hehe

    ReplyDelete
  15. Rasa macam nak tengok pula lepas baca review nie. Tak dinafikan Malaysia memang masih perlu banyak penambahbaikan bila melibatkan CGI

    ReplyDelete
  16. Macam menarik je cite ni lps baca review ni. Masuk dalam list movie melayu untuk ditonton. Hihi. Terima kasih atas review!

    ReplyDelete
  17. Aaron Aziz dengan Awie.. lovely and nice combination.. must be a great malay movie.. worth a watch..

    ReplyDelete
  18. Orang jahat tu sokmo jadi jahat ye. Dalam paskal pun dia jadi jahat. Awie nampak berumur sangat la dalam movie ni. Aaron Aziz....lama dah tak nampak berlakon.

    ReplyDelete
  19. Hujung tahun ni banyak cerita melayu masuk panggung. Nampakla saingan positif dari penggiat filem. Nampak menarik juga utk ditonton movie ni. Nak tgk lakonan antagonis Awie, tapi ada kelakar2 lah pulak. ngat sentiasa serius je dlm movie. Ada masa akan pergi tonton!

    ReplyDelete
  20. Kita pun dah tonton filem ini memang kelakar nak mamposs terutama time kemunculan awie yang memang sempoi dah juga melawak jer kerja dia... Best harap boleh dapat sambutan lebih daripada...

    ReplyDelete
  21. perghh myra tgk trailer pun rasa excited nak tgk!

    Myra | The Grey Lines Between

    ReplyDelete
  22. Best jugak cerita Operasi X ni walaupun banyak kata2 negatif. Not bad dan plot cerita pon agak menarik. Awie kelakar. Hahahah. Org Malaysia mmg mudah terhibur pun. hehehe

    ReplyDelete
  23. Bestnya kalau dapat tengok wayang citer ni.. sebab ada awie

    ReplyDelete
  24. Teringin nak pi tengok citer ni jugak.. awie dgn aeron berlakon..mesti best

    ReplyDelete
  25. Ish tak boleh jadi ni. Kena tengok jugak. Ramai dah review kata best. Nak nak awie ada lagi bertambah best kan

    ReplyDelete
  26. long time havent watch movie in the cinema. I like your review on this movie. it's time for me to tengok di cinema yay!

    ReplyDelete
  27. Banyak baca good review pasal filem ni. Memang dah plan nanti nak tengok juga filem ni.

    ReplyDelete
  28. Nice sharing.. Dah tengok juga, suka gandingan Aaron Aziz dan Awie tu.. Mantap. Tahniah menang saguhati 😍

    ReplyDelete

Kindly leave your comment/feedback here.